November 01, 2014

Marginalis II

Perbicangan mengenai ahli marginalis sangat menarik aku rasa, sebab sekolah ni memberi lebih penekanan terhadap permintaan, yang mana selama ni tak di tekankan oleh sekolah-sekolah ekonomi lain. Jadi yang patut ada dalam kepada kita sekarang supaya senang untuk faham sekolah ni ialah permintaan, permintaan, permintaan, dan permintaan.
1.       Utiliti marginal (MU) dengan permintaan


Utiliti atau kepuasan mula dikupas oleh Jules Dupuit dengan kerjanya seperti diatas. Rajah diatas menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti dan perkara yang perlu diberi penekanan tentang rajah diatas ialah harga adalah sama dengan utiliti marginal (P=MU).

Pasa tingkat harga RM5 kuantiti barang yang diperolehi oleh pengguna ialah 18 unit, oleh sebab P=MU maka, utiliti ialah 5 util. Seterusnya, pada tingkat harga RM10 kuantiti barang yang diperolehi ialah 10 unit dan utilitinya ialah 10 util.

Kenapa jadi begitu? Bukan ke sepatutnya kita akan rasa puas hati (utiliti) bila kita dapat beli sesuatu barang dengan harga yang murah dengan dapat kuantiti yang banyak? Kenapa harga mahal utiliti kita besar dan bukan kita patut rasa taik sebab harga barang mahal gila?

Untuk jawab persoalan diatas ya memang kita rasa puas hati bila kita dapat beli barang dengan   harga murah dan kuantiti yang banyak, tapi diatas setiap unit pengunaan kita akan merendahkan utiliti kita.

Senang cerita macam gini lah, apa beza antara rokok murah dengan rokok mahal? Rokok murah kita dapat beli banyak RM3 sekotak berbanding dengan rokok mahal RM12 sekotak, baik angkat satu karton rokok murah baru RM30 kalau ambik satu karton rokok mahal RM120. Perokok yang rasional boleh dapat 4 karton rokok murah yang harganya yang sama dengan  1 karton rokok mahal.
Satu karton rokok bersamaan 200 batang, jadi 800 batang rokok murah lawan 200 rokok mahal. Sekarang cuba bayangkan kita terpaksa hisap rokok murah hari-hari sampai habis 800 batang rokok murah tu. Rasa muak tak isap rokok murah hari-hari? Muak gila. Kasi rokok mahal sekali, fuhh dia punya rasa hanya perokok yang tahu.

Jadi macam gitu lah ceritanya berkenaan utiliti, semakin banyak penggunaan kita, maka makin besarlah kejatuhan utiliti bagi seseorang pengguna dan sebaliknya. Oke aku nak pergi isap rokok dulu sebab cerita benda alah ni…    

October 19, 2014

Marginalis I


Tertubuhnya pemikiran ekonomi aliran marginalis merupakan tindakan terhadap teori ekonomi yang sebelum ini yang tak dapat nak menyelesaikan masalah sosial seperti kemiskinan walaupun produktiviti negara meningkat terus dan masalah kebajikan buruh yang masih belum diselesaikan.
Perindustrian di eropah memberi lebih banyak cabaran dalam memahami ilmu ekonomi kerana sebelum ini kajian berkenaan ekonomi hanya menekankan ekonomi yang bercorak tradisional iaitu sektor pertanian, dan apabila struktur ekonomi mula berubah daripada corak pertanian kepada corak perindustrian kebanyakan pemahaman-pemahaman yang sedia ada tidak dapat menepati suasana ekonomi yang menjadi semakin kompleks.

                                    

Pemikiran marginalis merupakan pemikiran baru bagi mencabar pemahaman klasikal yang menjadi terlalu dominan pada waktu. Boleh dikatakan sekolah marginalis bersifat antagonistik kepada sekolah klasikal dan sekolah sosialis. Kemunculan pemikiran marginalis, memberi satu sudut pandang baru tentang ekonomi dan secara tak langsung mengembangkan ilmu ekonomi.

Antara pemikiran marginalis
1.       Menumpukan kepada perubahan (margin)
Ahli-ahli marginalis memberikan tumpuan kajian ekonomi mereka kepada kadar perubahan yang berlaku oleh sebab itu mereka dipanggil sebagai marginalis. Ahli marginalis memberikan penekanan kepada kadar perubahan kerana pada tingkat perubahan keputusan akan dibuat.

2.       Manusia dalam ekonomi adalah rasional
Para marginalis menggangap bahawa manusia adalah rasional apabila membuat keputusan ekonomi supaya kajian mereka tidak menjadi terlalu sukar kerana setiap manusia mempunyai citarasa yang tersendiri. Oleh kerana citarasa manusia adalah berbeza setiap orang, maka satu anggapan perlu dibuat bagi memudahkan kajian ekonomi iaitu manusia adalah rasional dalam membuat keputusan ekonomi.

3.       Penekanan terhadap ekonomi mikro
Marginalis memberi tumpuan kajian mereka kepada perspektif mikro iaitu kajian antara seorang pengguna dengan sebuah firma, satu barang dan satu pasaran sahaja.  Para marginalis kurang memberi tumpuan kajian mereka kepada kajian agreggat iaitu ekonomi makro.

4.       Memberi penekanan kepada persaingan sempurna
Tiada seorang individu atau firma mempunyai kuasa ekonomi sepenuhnya dalam persaingan sempurna kerana setiap individu dan firma masing-masing mempunyai kuasa mereka tersendiri dan tak akan melebihi antara satu sama lain. Setiap orang merupakan operator dalam pasaran walaupun kehadirannya secara sedar atau tidak, tingkahlakunya akan menentukan pasaran.

5.       Teori harga berasaskan permintaan
Berlainan dengan sekolah-sekolah ekonomi sebelum ini yang menekankan penawaran dalam teori harga, ahli Marginalis menekankan permintaan dalam teori harga, iaitu kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan barang oleh pengguna akan memberi harga kepada sesuatu barang dan menolak sekeras-kerasnya teori sebelum ini bahawa harga sesuatu barang datang daripada jumlah keseluruhan kos firma. Teori harga berasaskan permintaan memberi satu sudut pandang lain berkenaan harga, menimbulkan tanda tanya kepada kita iaitu daripada manakah harga sebenarnya datang.

6.       Memberi penekanan kepada kepuasan(utiliti) yang subjektif
Oleh kerana harga datang daripada utiliti pengunaan. Konsep utiliti diberi penekanan berat oleh ahli marginalis. Contoh utiliti subjektif – berapa banyak goreng pisang kita perlu makan baru kita rasa puas atau selama mana kita hendak pakai baju yang sama hingga kita berasa puas. Setiap utiliti bagi seorang individu adalah berlainan dengan individu lain, jadi macam mana kita hendak ukur?

7.       Pendekatan keseimbangan
Ahli merginalis percaya bahawa setiap perubahan atau kuasa dalam ekonomi akan pastinya menuju kepada keseimbangan. Walaupun ganguan kerap berlaku dalam ekonomi, ekonomi akan tetap bergerak kearah keseimbangan.

8.       Campurtangan kerajaan yang kurang
sama seperti sekolah-sekolah sebelum ini, marginalis juga berpendapat ekonomi akan menjadi lebih baik dan optimum apabila campurtangan kerajaan sedikit atau tiada langsung



October 07, 2014

Sekolah Sejarah Ekonomi Jerman


Sekolah sejarah ekonomi jerman bermula apabila jerman kalah dalam peperangan napoleon yang menyebabkan jerman terpecah kepada 39 negeri yang tidak bersatu. Sebab-sebab jerman terpecah menjadi 39 negeri boleh dikatakan niat empayar Autria-Hungari untuk melihat jerman kekal lemah, Britain pula mahu Perancis sebagai peneraju dalam tanah besar eropah manakala Russia mahu Poland menjadi sebahagian daripadanya. Separuh dekat yang kemudian barulah, jerman bersatu dibawah Prussia dan kemudiannya memasuki tema perang dunia I.

                                    

Idea-idea sekolah sejarah ekonomi jerman
1.       Pendekatan evolusionari dalam analisis ekonomi
Ahli sekolah sejarah ekonomi jerman menggunakan pendekatan dinamik bagi melihat ekonomi iaitu dengan melihat setiap segmen dalam sains sosial dan kaitannya terhadap pergerakan ekonomi, bukan seperti ahli ekonomi klasikal yang melihat ekonomi tanpa melihat dinamik masyarakat.

Mengikut ahli sekolah ni, oleh sebab manusia yang menjalankan ekonomi maka ekonomi mestilah bersifat atau dekat dengan ciri manusia iaitu kelahiran ekonomi, pertumbuhan ekonomi, kematangan ekonomi, ketuaan ekonomi, dan kematian ekonomi.

Tambah ahli ekonomi sekolah ni lagi iaitu ekonomi di setiap negara adalah berlainan dengan negara lain, dengan sebab itu, ahli sekolah ni menolak kajian ekonomi klasikal kerana mereka rasa ekonomi negara mereka tidak seperti Britain, jerman pada waktu itu masih lagi negara industri kecil-kecilan.

2.       Menekankan campurtangan positif kerajaan dalam ekonomi
Sekolah sejarah ekonomi jerman adalah bersifat nasionalis dan kemasyarakatan berbanding sekolah klasikal yang punyai sifat individualistik dan kosmopolitan. Oleh itu, untuk mengkaji ekonomi, kita mesti mengkaji ekonomi secara keseluruhan iaitu melihat kepada masyarakat dan bukannya individu dalam ekonomi mengikut ahli sekolah ni. ekonomi jerman pada waktu itu sangat bergantung pada kerajaan dalam membentuk ekonomi negara tu contohnya seperti menyediakan perkhidmatan ketapi, sistem pos dan galakkan kerajaan dalam pertumbuhan industri.

Gelaran “socialist on the chair” diberkan kepada ahli ekonomi sekolah ni bukan kerana mereka ini sosialis tapi ahli akademik sekolah ekonomi ni banyak mempengaruhi dasar kerajaan jerman pada masa tu sehinggan pelantikan pensyarah ekonomi di universiti yang membawa idea ekonomi klasikal disekat oleh ahli socialist on the chair.

3.       Pengenalan kepada kaedah sejarah dalam analisis ekonomi
Ahli ekonomi sekolah ni, menekankan pendekatan sejarah dalam menganalisis ekonomi dan menolak analisis ekonomi yang berasakan diduktif dan empirikal (sekolah klasikal dan marginalis).

Oleh kerana ekonomi itu dilakukan oleh masyarakat maka untuk faham ekonomi kita mestilah fasih dengan susur galurnya iaitu sejarah barulah kita boleh faham ekonomi sekarang, kalau kita guna kaedah teori atau empirikal sampai sudah kita tak akan faham ekonomi sebab teori yang dibuat tidak mempunyai susur galur sejarah secara tak langung tak sah untuk dilaksanakan dalam masyarakat. Berlaku perdebatan yang hebat antara sekolah sejarah ekonomi jerman dengan sekolah-sekolah ekonomi yang lain dalam cara mereka menganalisis ekonomi

Analisis yang dibuat oleh ahli ekonomi sekarang menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan empirikal dan pendekatan sejarah dalam menganalisis ekonomi, ahli ekonometrik paling banyak menggunakan kedua-dua kaedah dalam analisis mereka bagi mengukuhkan bukti kajian mereka.


4.       Menganjurkan reformasi dasar perlindungan
Oleh kerana jerman baru saja melangkah sebagai negara industri maka ahli sekolah ni menekankan dasar perlndungan bagi melindung industri-industri yang baru lahir untuk bersaing dengan negara industri yang telah pun matang. Tariff, percukaian, dan kuota digunakan untuk melindungi industri. 

August 08, 2014

Selamat hari raya

Lama tak menulis blog ni sebab baru-baru ni bulan puasa jadi aku nak cuti, nak rehat, rilek-rilek dulu..
Selamat hari raya kepada pembaca-pembaca blog ni daripada tuan blog yakni aku lah.
InshaAllah, nanti aku sambung balik cerita sejarah ekonomi macam biasa.
Selamat hari raya semua

June 30, 2014

Sosialisme IV

Perjuangan sosialis menentang kapitalis sampai di tahap yang paling tinggi bila Marx keluarkan buku Das capital yang membicarakan bagaimana ekonomi kapitalis bergerak iaitu dalam teorinya “law of motion” yang akhirnya menuju kepada kehancuran masyarakat iaitu melalui  konflik antara kelas iaitu antara kelas proletariat dengan kelas burjouis.
Law of motion merupakan latar belakang marx guna untuk menjelaskan keadaan-keadaan yang dah aku sebut dekat atas tadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam teorinya bagi melengkapkan law of motion, antaranya ialah teori nilai buruh, toeri eksploitasi, pengumpulan modal dan keuntungan yang semakin menurun, pemusatan modal dan kekayaan, akhir sekali konflik antara kelas.



1.       Masalah yang paling asas dalam masyarakat kapitalis mengikut marx bermula daripada keadaan yang paling asas itu penentuan gaji yang perlu dibayar kepada buruh oleh para pengusaha. Macam yang kita semua sudah tahu, gaji kita dibayar mengikut jam yang kita kerja, dan dikira tanpa mengikut produktiviti kita pada waktu kita bekerja. 8jam sehari adalah tipikal waktu kerja yang aku nak guna, Kita andai gaji setiap jam ialah RM5.00 dan produktiviti ialah 30 unit keluaran.
Ikut marx pula, gaji pekerja mestilah dibayar mengikut produktiviti buruh bukannya mengikut jam, dan persamaan gaji beleh dibentuk seperti ini,
Gaji jam pertama = produktiviti buruh x harga keluaran
Kita pegang harga setiap unit yang dikeluarkan ialah RM0.30


Tipikal gaji pekerja
Gaji pekerja ikit marx
1 jam kerja
RM5.00
RM9.00
8 jam kerja
RM40.00
RM72.00
Keluaran setiap jam
30 unit
30 unit
Keluaran keseluruhan
240 unit
240 unit

2.       Teori eksploitasi adalah lanjutan daripada teori diatas, mengikut skim gaji biasa gaji buruh adalah lebih rendah berbanding skim gaji yang marx rangka, secara tak langsung mewujudkan eksploitasi buruh oleh pengusaha iaitu firma memperoleh lebihan RM32.00, lebihan diperolehi daripada jumlah keseluruhan unit didarab dengan harga keluaran seunit ditolak dengan gaji buruh biasa.

Para pekerja hanya boleh membeli lebih kurang 132 unit yang dia hasilkan sendiri dan tak boleh menikmati sepenuhnya keluaran yang dia hasilkan sebab gaji dia tak cukup untuk beli semua keluaran.

Dengan sebab itu, para pengusaha mengeksploitasi buruh dengan memaksa buruh mengeluarkan keluaran semaksimum yang mungkin kerana gaji pekerja yang dikira adalah mengikut jam bukan mengikur produktiviti, pengusahan akan selalu pemperoleh untung.

3.        Seterusnya berkenaan pengumpulan modal dan keuntungan yang semakin menurun. Oleh sebab pengusaha memperoleh banyak lebihan daripada mengeksploitasi buruh maka para pengusaha mempunyai insentif untuk melaburkan wang mereka untuk membeli lebih banyak barang modal (teknologi dan mesin) untuk menambahkan keluaran firmanya untuk memperolehi lebih banyak keuntungan. Pun gitu, apa bila pengusaha mengumpul modal keuntungan yang dia perolehi akan berkurangan sebab tiada orang yang mempunyai wang untuk membeli keluaran yang firmanya keluarkan. Pekara ni terjadi oleh sebab firma membuang banyak pekerja untuk mengantikan pekerja mereka dengan mesin untuk menghasilkan keluaran secara tak langung apabila pekerja tak mempunyai gaji maka dia tak punyai pendapatan dan dia tak boleh membeli barang sebab tak ada pendapatan.
Kita boleh cakap pada peringkat ni juga ialah pengganguran teknologi secara besar-besaran

4.       Pengusaha yang menjalankan pengumpulan modal akan menyebabkan pemusatan  modal dan kekayaan kepada satu pihak iaitu pihak kapitalis, kapitalis yang mempunyai semua buruh, tanah, dan modal iaitu sumber-sumber ekonomi akan menyebabkan masyarakat menjadi semakin tak adil, kapitalis terus kaya, pekerja terus miskin.

Pada peringkat ini, para pekerja tidak boleh berbuat apa-apa sebab mereka tidak mempunyai sumber ekonomi untuk digembeling sedang mereka sendiri adalah sumber ekonomi iaitu buruh. Mereka tak boleh buat apa-apa kerana untuk menghasilkan keluaran semua sumber-sumber ekonomi bergabung untuk hasilkan keluaran. Keadaan ni akan menimbulkan rasa tertekan dan tak puas hati dikalangan buruh, di eksploit, di buang kerja, tak dapat beli barangan sebab tak ada wang.

5.       Dan diakhir sekali, konflik diatara kelas iaitu kelas proletariat dan berjouis atau kelas buruh/masyarakat biasa dengan kelas kapitalis/ orang kaya, masyarakat akan kucar-kacir dan kehancuran akan datang apabila kita menganut ekonomi acuan kapitalis lebih kurang gitulah kata marx.


Pendapat aku, tak kisah sistem ekonomi apa pun yang kita ikut, masalah ketakadilan memang akan wujud kapitalis mahupun sosialis sendiri dua-dua tak dapat nak membentuk masyarakat adil dan sempurna.
Macam aku cakap dulu, sosialis sekalipun, bila kau dapat kuasa, kau guna kuasa untuk kepentingan diri kau.

June 25, 2014

Sosialisme III

1.       Robert owen
Owen muncul sebagai sosialis utopia yang paling berpengaruh pada zamannya disebabkan latar belakangnya iaitu seorang kapitalis dan juga seorang sosialis. Owen merupakan seorang pemilik kilang kain dan tekstil pada zaman maju perindustrian Britain. Dia fikir macam mana nak tingkatkan keluaran kilangnya supaya kilang dia boleh menyaingi kilang lain, cara yang owen fikirkan ialah dengan menjaga kebajikan buruh produktiviti kilang akan dapat ditingkatkan.

Kebajikan buruh di kilang dia bukan datang daripada kesatuan sekerja tapi datang daripada dia sendiri. Dia menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada buruh-buruh dia, sediakan tempat tinggal untuk buruh umum kita tahu zaman industri awal buruh tak punyai tempat tinggal yang baik, wujudkan sekolah untuk anak-anak buruh dan terbuka untuk buruh sendiri, tetapkan masa bekerja kurang daripada 12 jam sebab dia percaya produktiviti juga akan datang apabila buruh punyai masa lebih bersama keluarga, anak-anak buruh tak dibenarkan untuk bekerja sebaliknya pergi sekolah yang dah disediakan oleh kilang dia dan anak-anak buruh dibenarkan bekerja dalam kilang dia bila anak-anak tu berumur lebih 12 tahun.
Persekitaran yang baik akan memberikan kesan yang baik itu yang cuba diwujudkan olehnya.

Cara yang dibuat oleh owen pada waktu itu merupakan satu langkah luar biasa sebab kapitalis zaman tu belum fikir cara yang owen guna tu boleh memberi keuntungan kepada firma/kilang dan dengan sediakan pelbagai perkhidmatan kepada buruh kos firma akan meningkat. Cara yang digunakan oleh owen menimbulkan harmoni antara pemilik kilang dan juga pekerja kilang secara tak langsung mewujudkan utopia.

Pada tahun berikut-berikutnya owen menjadi pelopor kepada pertubuhan kesatuan sekerja berikutan langkah parlimen Britain untuk meluluskan undang-undang anti-union yang pada waktu itu yang menggugat kapitalis apabila kesatuan sekerja menjadi semakin kuat.
500,000 orang perkerja merupakan ahli Grand National Consolidated Trade Union (GNCTU) di bawah pimpinan owen, pun gitu gerakan mogok dan kekacauan bukan niat owen, dia tak pernah membuat rancangan untuk mogok walaupun punyai ahli kesatuan sekerja yang ramai. Pada tahun 1834 GNCTU dibubarkan oleh owen, ahli-ahli GNCTU yang dibubarkan menjadi teras kepada pembentukan kesatuan sekerja di Britain selepas itu.




2.       Louis blanc
Merupakan bapa kepada penubuhan cabang sosialis state. Selepas revolusi perancis tahun 1848, blanc dengan kumpulan sosialisnya mendesak kerajaan supaya menyediakan pekerjaan kepada buruh-buruh kerana mereka berasa adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan pekerjaan kepada buruh.

Kerajaan perancis selepas revolusi menyediakaan dua pilihan kepada para pekerja iaitu samada menyertai tentera perancis untuk pekerjaan atau meninggalkan perancis untuk mencari pekerjaan, ketakpuasaan hati timbul oleh para sosialis sebab kerajaan sediakan pilihan yang paling dangkal, bukan semua pekerja berminat menjadi askar. Oleh sebab itu, berlaku satu revolt antara golongan sosialis dibawah pimpinan blanc dengan kerajaan. Kerajaan berjaya mematahkan revolt golongan sosialis, blanc lari ke England.

Blanc kembali ke perancis lepas tu dan menjadi ahli parlimen, pun gitu dia masih percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pekerjaan kepada buruh kerana apabila dibiarkan kepada kapitalis untuk menyediakan pekerjaan, pekerjaan itu akan sentiasa tidak mencukupi untuk menampung seluruh tenaga buruh yang ada dalam negara dan untuk kerajaan menyediakan pekerjaan untuk masyarakat dalam negara tersebut, kerajaan mestilah memiliki semua sumber ekonomi dalam negara. Dan seperti yang kita semua maklum banyak negara-negara sosialis dalam dunia merupakan state sosialis  

June 23, 2014

Sosialisme II

Aku nak bincang serba sedikit orang-orang sosialis sebelum Marx, dan macam biasa tak mahu cerita asal diorang kampong mana, dulu keputusan PMR berapa A atau hobi waktu lapang mereka. Aku bincang idea dan gerakan diorang saja.
Pegerakan sosialis sebelum Marx, tak bercerita tentang pengumpulan modal atau konflik kelas, mereka lebih bercerita tentang nasib buruh yang berkerja dalam keadaan manfaat yang kecil, yelah masa tu belum ada kwsp, socso dan gaji charge lain untuk kerja overtime dan kalau cacat disebabkan kerja pun buruh tak boleh claim apa-apa dekat tokey. Orang-orang sosialis sebelum Marx perjuangkan kebajikan buruh macam kesihatan buruh, keadaan kerja buruh, cara hidup buruh dan macam mana nak jaga nasib golongan buruh.
Gerakan sosialis sebelum Marx lebih sederhana dalam perjuangan mereka dengan guna saluran yang betul macam parlimen dan persatuan buruh untuk sampai niat mereka manakala gerakan sosialis lepas Marx lebih radikal macam gabungkan seluruh persatuan buruh untuk mogok besar-besaran atau guling pemerintah yang tak dengan suara buruh.



1.       Henri comte de saint-simon
Boleh dikatakan bapa atau pencetus kepada idea sosialisme. Walaupun, dianggap pencetus kepada idea sosialisme kerja-kerja dia tak membincangkan dalam sangat tentang sosialisme yang seperti kita tahu. Benda-benda yang dia bincang ialah buruh yang tidak berkerja atau malas merupakan satu kerugian kepada negara sebab apabila buruh-buruh ni tak bekerja secara tak langsung negara tak dapat nak hasilkan output yang tinggi dan akan mengakibatkan negara tak mencukupi barang-barang untuk kegunaan negara itu sendiri.
Henri mencadangkan parlimen industri untuk menjadikan pertumbuhan industri dalam negara tu terus mantap, dan susunan dalam parlimen industri yang henri rangka mengelaskan orang-orang industri dalam 3 kelompok iaitu invention, review, dan execution.

Kelompok invention merupakan kelompok pertama yang terdiri daripada para artisan dan para jurutera untuk mencipta barang awam. Kelompok kedua iaitu review terdiri daripada saintis dan para pengkaji yang akan membuat kajian tentang projek yang akan dilaksanakan, dan kolompok yang ketiga iaitu execution terdiri daripada kepala industri yang akan melaksanakan projek dan mengawal biaya projek tersebut.

Henri lanjutkan lagi perdebatan dia iaitu dia cakap, bayangkan negara kehilangan 50% daripada kelompok pertama dan kedua iaitu invention dan review maka negara akan mengalami kerugian kerana negara hilang upaya untuk menyediakan barang awam walaupun golongan ketiga tak terjejas iaitu execution.
Golongan execution tak berupaya untuk menyediakan barang-barang kerana mereka tak mempunyai kemahiran dan kepandaian untuk mencipta barang tersebut yang mereka ada adalah duit.

Perbincangan henri memberi pandangan awal bertapa kritikalnya golongan buruh untuk kemajuan negara dan kalau negra kehilangan buruh negara akan sakit dan sebab tu dia dianggap sebagai pemula kepada pemikiran sosialis.

2.       Charles fourier

Fourier merupakan seorang pengkritik tegar tentang kapitalisme. Fourier menentang produksi berskala besar, mekanisasi dan pemusatan. Tambah dia lagi, dia kata persaingan menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dan hanya menguntungkan sebelah pihak iaitu para pemilik firma dan pemodal sedang masyarakat terpaksa membayar harga tinggi untuk keluaran mereka. Fourier juga anti-bisnes dengan sebab yang sama yang aku tulis tadi yaitu untungkan sebelah pihak semata-mata dan tambahan untuk anti-bisnes ialah bisnes bersifat korup yang akan mengkorupkan masyarakat.

Jadi untuk mengatasi masalah yang dia kritik tadi dia cadangkan untuk membentuk satu komuniti sosial yang bekerjasama yang dipanggil Phalanxes. Phalanxes ni berfungsi macam gini, satu kawasan petempatan yang didalamnya mempunyai masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kepandaian, mereka-mereka yang mempunyai kemahiran dan kepandaian menggunakan kemahiran mereka untuk menghasilkan barangan dalam komuniti tersebut. Barang-barang yang telah siap akan diserahkan kepada satu badan yang mentadbir barang-barang tersebut dan akan mengagihkan barang-barang tersebut mengikut ukuran yang fourier sediakan iaitu 5/12 daripada barang tersebut diagihkan kepada buruh, 4/12 diagihkan kepada pemodal dan 3/12 diagihkan kepada buruh yang menyumbang bakat dan skill

Dengan wujudnya phalanxes, ketakadilan dalam sistem kapitalis dapat diatasi dengan pembahagian barang-barang secara adil. Tambah pula, komuniti phalanxes ni beroperasi dengan prinsip kasih sayang, setia kawan, ikatan kekeluargaan dan cita-cita yang mana masyarakat kapitalis tiada benda-benda ni.

Ironinya, tiada satu phalanxes yang fourier bentuk ni berjaya, kebanyakan phalenxes yang wujud hanya kekal sementara sebab beberapa masalah yang timbul, aku tak tahu masalah apa tapi aku rasa sifat manusia tu sendiri yang kejar kepentingan masing-masing sebab tu phalanxes ni gagal.

June 19, 2014

Sosialisme I

Gerakan sosialisme muncul apabila polisi-polisi yang kerajaan bentuk pada zaman tu lebih mementingkan kebajikan orang kaya daripada kebajikan seluruh masyarakat terutama kaum buruh. Kemunculan sosialisme merupakan satu bentuk untuk melawan pemikiran mainstream ekonomi (klasikal) pada waktu tersebut iaitu zaman perindustrian klasik.

Antara sebab utama muncul sosialisme ialah ketakadilan kepada kaum buruh iaitu gaji mereka yang sangat rendah, keadaan kerja yang sangat teruk dan bahaya untuk kesihatan buruh, ketiadaan kebajikan buruh, masa bekerja yang lama iaitu melebihi 12 jam sehari, dan pemerasan serta eksploitasi kaum buruh oleh kapitalis.



Jenis-jenis sosialis.


1.       Utopian socialism
 Sosialisme utopia merupakan cabang sosialis pertama yang muncul pada zaman awal revolusi industri. Munculnya cabang sosialis ni sebab pada waku itu organisasi buruh masih lagi lemah, para buruh tidak sedar akan kuasa dalam menentukan hala tuju industri. Ahli utopia sosialis menyetujui bahawa persaingan bebas adalah tidak adil dan tidak rasional untuk manusia. Sesuai dengan namanya utopia, ahli sosialis cabang ni cuba cipta satu keadaan yang sempurna dalam masyarakat melalui kerjasama antara golongan kapitalis dan golongan buruh untuk wujudkan satu keadaan, yang mana keadaan tersebut keadilan dalam masyarakat dan kebajikan masyarakat dapat dicapai. Pun gitu cabang sosialis ni gagal dalam merealisasi idea mereka berikutan kurang kerjasama antara firma-firma dan model-model masyarakat mereka yang terlalu ideal untuk dicapai dalam realiti sebenar.

2.       State socialism
Cabang sosialis jenis state atau negeri pula ialah cabang sosialis yang membawa ideologi bahawa kerajaan dalam negara tersebut mestilah memiliki sumber ekonomi dalam negara dan mengembleng sumber ekonomi yang kerajaan kuasai dan membahagi sumber tersebut secara adil dan saksama dalam masyarakat. Antara negara dalam dunia pernah guna atau sedang guna ideologi cabang ni ialah USSR, Nazi Jerman, Cuba, Korea Utara, Libya dan lain-lain.

3.       Christian socialism
Cabang sosialis jenis ini ialah cabang sosialis yang memasukkan elemen agama dalam idea sosialisme mereka. Menggunakan konsep ketaatan kepada tuhan, kasih sayang dan persaudaraan antara manusia dan kesaksamaan dalam setiap ciptaan tuhan. Yang paling tak menarik tentang sosialis cabang ni ialah memetik sumber-sumber bible yang selari dengan idea mereka dan menolak ayat bible yang bercanggah dengan ideologi mereka. Guna agama untuk kepentingan ideologi kau, nanti kau jawab la depan tuhan besok. Dekat Malaysia pun ada benda ni cuma kena rajin cari je, pernah dengan sosialis islam atau kapitalis islam?

4.       Anarchism
Anarki bermaksud tiada kerajaan dalam menentukan cara hidup manusia, setiap manusia jadi kerajaan pada dirinya sendiri. Tapi maksud sosialis cabang anakri beza sikit daripada makna anarki sebenar. Apa yang cuba dicapai dalam sosialis cabang ini ialah kerajaan tak sepatutnya kuasai seluruh sumber ekonomi sebab kerajaan akan korap. Oleh itu. sumber ekonomi mestilah diselenggara oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai motif yang sama iaitu beroperasi atas dasar kebajikan masyarakat dan saling sayang menyayangi antara masyarakat dan setiap kumpulan mesti berkerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan sosialis cabang ni. Contoh, kumpulan penjahit jadi satu kumpulan manakala geng-geng sayur buat satu kumpulan, masing-masing kumpulan punyai sumber ekonomi masing-masing dan guna sumber tersebut untu kepentingan masyarakat dan mesti kerjasama dengan kumpulan lain, dengan itu dapatlah wujud satu masyarakat anarki yang tak perlukan peranan kerajaan dalam tentukan corak ekonomi.

5.       Marxian socialism
Cabang sosialis yang paling popular dalam banyak-banyak cabang sosialis selain komunisme yang berdasarkan kerja-kerja Karl Marx iaitu Das Capital yang menbicarakan kesan penggumpulan modal oleh para kapitalis yang akan membawa kepada konflik kelas iaitu antara kelas burjois dan proletariat. Entry depan-depan aku akan cerita dalam pasal kerja dia.

6.       Communism
Komunisme juga cabang sosialis yang popular disebabkan oleh revolusi yang berlaku di Russia untuk gulingkan Tsar dibawah pimpinan Lenin dan lain-lain. Dalam ucapan Lenin lepas tu dia kata “Tujuan sosialisme adalah tidak lain adalah untuk menuju kepada komunisme”.
Antara ideologi sosialis cabang komunis ialah mewujudkan masyarakat tanpa wang sebab wang merupakan sebab wujudnya konflik kelas, masyarakat tanpa wang dapat dicapai apabila setiap ahli dalam masyarakat menggunakan kepandaian dan kemahiran yang dia ada demi kebaikan masyarakat sekelilingnya tanpa harapkan wang dan kerajaan mesti memiliki sumber ekonomi negara demi membuat keadilan kepada masyarakat. Di zaman gemilang komunisme di USSR, masyarakat dalam negara tu guna kupon yang diberi kerajaan untuk ditukar dengan barang yang dia kehendaki dan setiap kupon yang masyarakat pegang adalah sama dengan orang lain bagi pastikan tiada orang dalam masyarakat dapat nikmati barang lebih daripada orang lain untuk elakkan ketakadilan

7.       Revisionism
Ahli sosialis cabang revisionis menggalakkan campurtangan kerajaan untuk memonopoli sumber-sumber kritikal dalam negara seperti air, elektrik, minyak dan gas dan menyediakan barang-barang awam untuk masyarakat. Tujuan cabang sosialis ni galakkan monopoli kerajaan dalam sumber kritikal ekonomi dan penyediaan barang awam adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dalam negara tersebut daripada dieksploitasi oleh firma-firma apabila mereka memiliki sumber ekonomi kritikal. Firma swasta apabila memiliki sumber ekonomi kritikal atau menyediakan barang awam akan mengenakan harga yang tinggi kepada masyarakat dan secara tak langsung merendahkan kebajikan masyarakat apabila harga keperluan asas menjadi mahal. TNB dengan Telekom contoh monopoli kerajaan sebelum mereka jadi swasta lepas tu.

8.       Syndicalism
Merupakan cabang sosialis yang tak percaya pada sistem parlimen dalam membela nasib golongan buruh dan anti tentera. Mereka tak percaya dalam perjuangan parlimen dalam membela nasib buruh sebab orang yang memperjuangkan isu tersebut dalam parlimen mesti mempunyai kepentingan diri sendiri contoh nak jadi famous, jadi matlamat untuk jaga kepentingan buruh mesti jadi semakin sukar. Sosialis cabang ni punyai kesatuan buruh yang kuat dan untuk mencapai matlamat mereka, para majikan akan ditekan untuk menjaga kepentingan para buruh, ahli cabang ni lebih condong untuk mengadakan mogok yang serius yang boleh menjejaskan ekonomi seperti Hartal dan revolusi untuk mencapai matlamat mereka. Oleh sebab polis dan tentera selalu menjadi penghalang cara mereka iaitu menangkap para pekerja yang mogok, sebab itu ahli sosialis cabang ni bersifat anti tentera.


9.       Guild socialism
Ni cabang sosialis yang paling ganas sekali aku rasa. Antara perkara yang diperjuangkan dalam sosialis cabang ni ialah para pekerja yang bekerja dalam sebuah firma mestilah menjadi rakan dalam firma yang mereka kerja iaitu para pekerja boleh menentukan haja tuju dan polisi firma yang mereka bekerja, para pekerja adalah pemilik firma dan pemilik firma adalah pekerja, dengan itu masalah antara pekerja dan dan kapitalis dapat diselesaikan kalau ikut sosialis cabang ni, dan benda yang aku tulis tadi dipanggil demokrasi industri mengikut sosialis guild. Peranan kerajaan juga ditekan dalam sosialis cabang ni.


Kalau cerita pasal sosialis nak tak nak mesti orang kaitkan dengan komunisme, bagi aku kita kena pisahkan benda ni baru kita dapat faham sosialis sebenar-benarnya tanpa prejudis yang dibawa oleh pengaruh komunisme. Pendapat aku la, komunisme yang sebenarnya cemarkan sosialis dengan ideologi komunis diorang, yelah mula-mula untuk kebajikan golongan buruh dan masyarakat dan menentang kapitalis, lepas tu perah buruh, ancam mereka macam Stalin dan pemimpin-pemimpin selepasnya buat, mana hilang kebajikan dan kuasa buruh? Kena pisahkan fahaman sosialis daripada komunisme baru faham sosialis sebetulnya.
Dan nasihat untuk masyarakat jangan takut kalau berbincang pasal sosialisme terutama warga senior negara ni sebab sosialisme bukan komunis semata-mata.

June 18, 2014

Klasisme V


David ricardo muncul sebagai ahli ekonomi yang paling penting dalam sejarah sekolah klasikal sebab kerja-kerja yang dibuatnya membawa analisis ekonomi meningkat lagi satu tahap iaitu keluar daripada kepompong falsafah dan cuba memahami realiti sebenar ekonomi.
Sebenarnya, cerita tentang gelaran bapak ekonomi menjadi perdebatan ahli ekonomi selepas-selepas tu sama ada gelaran tu hendak di bagi dekat Smith atau Ricardo.
Macam yang kita semua tahu, Smith dapat gelaran tu dengan alasan yang diberi iaitu memulakan pengajian ekonomi walaupun analisisnya tak berapa lengkap kalau ikut aku dan aku tak berapa setuju sebab macam mana dengan nasib ahli ekonomi sebelum zaman dia, macam mana dengan orang-orang ekonomi empayar Islam, greek, rom, merkantilis, fisiokrat?
Antara kerja-kerja Ricardo yang aku nak masuk ialah persoalan tentang mata wang, teori pulangan semakin berkurang (diminishing return), teori nilai pertukaran dan nilai berbanding, dan teori faedah berbanding

1.      
 Ricardo menimbulkan persoalan tentang mata wang iaitu apa yang menyebabkan harga emas menjadi semakin mahal? Tahun 1797 bank England telah pun menggunakan dasar mata wang kertas untuk sebarang transaksi, dan waktu itu wang kertas boleh ditukar dengan emas. Britain bukan negara pertama yang guna wang kertas dalam sejarah, dinasti Tang merupakan negara pertama yang guna wang kertas pada abad ke-7 dan diteruskan oleh empayar mongol hingga pada zaman gemilang dia dan hadap situasi yang sama dengan Britain lepas tu iaitu kenapa harga emas menjadi semakin mahal.


Oleh sebab naiknya harga emas menyebabkan timbul masalah ekonomi terutama sekali dalam urusan jual beli dan membuatkan masyarakat menjadi panik.
Pemerhatian Ricardo tentang pekara tesebut membawa dia kepada satu kesimpulan bahawa harga emas sebenarnya tidak naik tetapi wang kertas yang telah terkurang nilai.
Tambah dia lagi, pekara ni jadi sebab pada waktu tersebut bank England telah mencetak banyak wang kertas untuk kegunaan kerajaan Britain untuk biaya perang mereka dengan perancis, mencetak wang kertas secara berlebihan secara tak langsung menurunkan nilai sebenar wang kertas dan sebabkan harga barangan meningkat

Persoalan Ricardo memberi pandangan awal tentang inflasi pada zaman tu, walaupun belum wujud terma inflasi pada zaman tu. Persoalan mengenai mata wang menyebabkan kita sedikit sebanyak faham tentang sifat wang kertas dan kesan penggunaan duit kertas dalam ekonomi.

2.       Sebab terjadinya pulangan yang semakin berkurang kerana kekangan sumber ekonomi yang sedia ada menyebabkan setiap pertambahan input lain akan menyebabkan keluaran menjadi semakin mengecil. Dalam menjelaskan teori pulangan semakin berkurang, ricardo menggunakan tanah pertanian dan input (buruh atau modal) sebagai analisis yang dia buat.

Andaikan sekeping tanah pertanian menanam ubi berukuran 10x10 meter.
Bilangan buruh
Keluaran ubi
total
Marginal
1
20
0
2
25
5
3
29
4
4
32
3
5
35
2

Idea mengenai pulangan semakin berkurang adalah seperti dalam rajah diatas. Pada tingkat penggunaan buruh 1, keluaran ubi keseluruhan ialah 20. Pada tingkat penggunaan buruh 2, keluaran ubi keseluruhan ialah 25 dan seterusnya.
Didapati jumlah keluaran keseluruhan ubi meningkat pada setiap tinggat penggunaan buruh. walaubagaimana pun, peningkatan keluaran ubi keseluruhan adalah dalam trend yang semakin menurun dan trendnya kita boleh lihat dalam kotak marginal.

Kenapa boleh berlaku pulangan semakin berkurang? Terjadi sebab kekangan sumber contoh dekat sini tanah iaitu sekeping tanah tanam ubi. Oleh sebab saiz tanah tidak akan bertambah maka setiap pertambahan buruh akan menyebabkan pulangan yang semakin berkurang.
Contoh senang aku boleh bagi, perlawanan bola sepak antara 2 pasukan ada jumlah pemain sebanyak 22 orang dalam satu padang, sekarang kau bayang macam mana kalau mainan bola tu jumlah pemain yang ada sebannyak 44 orang atau 66 orang, mesti game yang diorang main jadi macam celaka, bersepah dalam padang, nak main atau tengok pun tak best.
Jadi macam mana nak ubah? Kita tambah jela keluasan tanah tanam ubi tau besarkan padang bola dengan itu dapatlah atasi pulangan semakin berkurang tapi mustahil sebab tanah dalam dunia ni sememangnya terhad.

Teori pulangan semakin berkurang menjadi batu asas kepada sekolah seterusnya yang aku akan sentuh iaitu marginalis yang menggunakan analisis pulangan semakin berkurang dan lanjutan teori tersebut dalam setiap kerja mereka.

3.       Seterusnya ialah teori nilai pertukaran dan nilai berbanding. Ricardo membuat analisis untuk mengetahui bagaimanakah sesuatu barang memperolehi nilai.
Pertama dia menyatakan untuk sesuatu barang mempunyai nilai, barang tersebut mestilah memberi kepuasan kepada pengguna (utiliti).
Kedua, untuk barang memperolehi nilai barang tersebut mestilah bersifat terhad yang pengguna mesti bersaing untuk memperolehinya.
Ketiga, jumlah buruh yang digunakan untuk menghasilkan barang secara tak langsung berkadar terus dengan nilai barang yang dihasilkan, yakni kos untuk menghasilkan barang tersebut. Walaupun bunyi terlalu mudah bagi iaitu masa yang digunakan buruh untuk hasilkan barang, Ricardo tegaskan masa buruh tersebut bukan hanya setakat untuk menghasilkan barang tersebut sahaja tapi jumlah masa seluruh tenaga buruh baik buruh yang menghasilkan barang mentah untuk digunakan dalam input firma atau barang modal yang digunakan untuk hasilkan keluaran.

Ricardo juga mengelaskan tiga lagi sebab yang memberi nilai kepada sesuatu barang iaitu
1.       Barang yang dihasilkan dengan menggunakan modal yang sedikit akan dijual dengan harga yang rendah dan sebaliknya.
2.       Buruh yang berkemahiran tinggi menjual barangnya dengan harga yang tinggi dan sebaliknya
3.       Nilai pertukaran tidak bergantung kepada gaji buruh, bergantung sepenuhnya kepada jumlah buruh untuk menghasilkan barang. Nilai pertukaran juga tidak bergantung dengan sewa
Bagi aku, point 1 dengan 2 buat zaman sekarang ni dah tak berapa releven sebab cuba kita tengok sekeliling kita berapa banyak barang yang perlukan barang modal yang besar untuk hasilkan, contoh telefon kita yang murah dan bukannya smartfone, kita boleh dapat dengan murah walaupun guna buruh dan modal dengnan banyak.
Untuk point 3, pun dah tak berapa releven sebab gaji buruh dan sewa dimasukkan sekali dalam kos firma dalam ekonomi moden secara tak langsung tentukan nilai barang yang dikeluarkan.

Apa yang hendak dibuktikan ricardo dalam kerjanya yang ini ialah untuk menunjukkan bagaimana kos-kos firma mepengaruhi harga sesuatu barangan iaitu menggunakan pendekatan daripada penawaran. Sekolah klasikal lebih cenderung dengan sebelah penawaran dalam analisis mereka seterusnya akan berubah dalam analisis sekolah-sekolah yang seterusnya.


4.      
Satu lagi kerja ricardo yang beri sumbangan paling besar dalam ekonomi ialah teori faedah berbanding yang sekarang ni menjadi batu asas dalam setiap hubungan eksport-import antara negara. Antara negara-negara yang menggunakan idea ni dalam ekonomi mereka ialah singapura, hong kong dan Taiwan yang mana negara-negara ni tak ada banyak sangat pun sumber asli tapi berjaya kembangkan ekonomi mereka dengan eksport-import melalui faedah berbanding dan pengkhususan.

Teori faedah berbanding secara tak langsung mematikan pandangan merkantilis tentang perdagangan antarabangsa iaitu faedah mutlak yang mana hanya negara yang kuat akan selalu memperoleh kelebihan dalam perdagangan antarabangsa. Idea faedah berbanding memberi peluang untuk negara-negara membangun memperoleh  perkembangan ekonomi melalui perdagangan antarabangsa.

June 16, 2014

Klasisme IV

Dalam kerja-kerja Malthus dalam ekonomi, kerja dia yang paling signifikan dan menganalisis ekonomi berkaitan pertumbuhan populasi lawan pertumbuhan sumber ekonomi dan kurangnya sifat berhati-perut dia dalam undang-undang miskin (poor laws).

Malthus cakap lebih kurang macam gini “Population, when unchecked, increase geometrically; subsistence increase at best only arithmetically” dan yang menjadikan kerjanya berkaitan populasi batu ukur untuk pembangunan negara ialah kaedah penyelesaian yang ditawarkan olehnya iaitu pemeriksaan untuk mengalang (preventive check) dengan pemeriksaan positif (positive check).
Idea Malthus ialah apabila pertumbuhan populasi lebih besar daripada pertumbuhan sumber maka ianya akan memberi tekanan kepada sumber yang kita semua maklum adalah sedia ada terhad sifatnya. Dan apabila populasi bertambah, sumber seperti contoh makanan menjadi semakin sedikit dan sukar untuk diperolehi menyebabkan kesan berikut kepada masyarakat iaitu akan wujud masyarakat yang kelaparan, miskin dan tak terjaga kebajikannya.





1.       Macam cara-cara moden dalam mengawal pertumbuhan populasi masyarakat sekarang, iaitu kegunaan kondom, pil cegah kehamilan, lain-lain alat pencegah kehamilan serta undang-undang yang menetapkan umur minimum untu berkahwin (18-tahun umur minimum kahwin di malaysia) atau polisi 1 keluarga 2 anak, adalah untuk mengawal pertumbuhan populasi dalam sesebuah negara. Cara yang aku sebutkan tadi ialah cara yang dianjurkan oleh Malthus dalam pemeriksaan untuk menghalang untuk mengawal pertumbuhan populasi dengan menurunkan kadar kelahiran.

2.       Peperangan, kebuluran skala besar, wabak penyakit,dan bencana alam dan paling ekstrim pembunuhan beramai-ramai adalah cara yang dianjurkan dalam pemeriksaan positif.
Tak seperti namanya yang positif, cara ni langsung tak ada sifat positif. Cara ni menekankan untuk mempercepatkan kadar kematian dalam negara dengan sebab-sebab yang aku tulis dekat atas. Bila tengah tulis benda ni aku teringat cerita vendetta tahun 2008,yang mana dalam cerita tu kerajaan dalam cerita tu buat satu situasi dalam negara dengan letak racun dalam bekalan air yang nak disalurkan dekat rakyat tapi yang bezanya kerajaan dia buat tu sebab nak dapat kuasa politik dan bukan sebab ekonomi. Soalan aku, sanggup ke kau bila ada kuasa besok bunuh rakyat atas sebab politik atau ekonomi? soalan tu kau jawab bila kau ada kuasa besok.

3.       Kerja Malthus jadi belenggu untuk negara kembangkan populasi mereka secara besar-besaran sebab risau apa yang jadi nanti bila sumber tak cukup nak tampung semua populasi dalam negara. Dalam realiti moden sekarang, ada lagi negara yang masih alami apa yang Malthus sebut dan ada jugak negara dah anggap Malthus punya kerja terhadap populasi dah tak releven untuk negara mereka, kalau ikut persektif makro lagi banyak populasi lagi bagus untuk ekonomi sebab tenaga buruh banyak lepas tu penggunaan swasta besar. Contoh yang aku dapat beri negara yang masih terikat dengan kerja malthus ialah Bangladesh dan Sri Langka, kedua-dua negara ni punyai jumlah populasi yang ramai dan ekonomi dia bergantung dekat sektor ekonomi pertanian menyebabkan rakyat kedua-dua negara tesebut kena bersaing untuk dapatkan sumber makanan dan keadaan jadi makin teruk bila berlaku bencana alam yang mengurangkan hasil pertanian negara tu dan rakyat makin stress untuk dapat sumber makanan secara tak langsung wujud keadaan kelaparan yang akhir sekali mendedahkan masyarakat  kepada wabak penyakit.

Negara-negara yang dah tak terikat sangat dengan idea Malthus adalah kebanyakan negara-negara yang mana kegiatan ekonominya dah dipelbagaikan (tapi pemikiran Malthus masih negara-negara ni sedar kepentingannya). Untuk negara-negara membangun dan maju, tingkat keluaran dapat ditingkatkan dengan kita guna teknologi dan buat R&D terhadap sumber-sumber (makanan) yang mana membantu tingkatkan hasil. Padi sekarang orang tanam 2 tahun sekali tak macam dulu 1 tahun sekali sebab guna teknologi dengan buat R&D, secara tak langsung walaupun populasi bertambah, sumber masih lagi cukup nak menampung keperluan populasi (kalau tak cukup pun kita import saja beras macam kita buat sekarang). Sebab tu ada sesetengah negara dah tak berapa nak berkenan dengan kerja malthus kebelakangan ni.


4.       Kerja yang paling orang ramai tak berkenan yang Malthus buat ialah undang-undang miskin.
Dalam undang-undang ni, Malthus memberi galakan kepada kerajaan supaya tak membuat dasar untuk membantu orang miskin seperti memberi batuan makanan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya lagi. Dia ketengahkan idea tersebut kerana dia rasa apabila kerajaan bantu orang miskin dari segi keperluan hidup, secara tak langsung populasi mereka akan bertambah dan menyebabkan lebih ramai anak-anak miskin lahir, seterusnya memberi tekanan kepada pembahagian sumber ekonomi negara. Anak-anak tu jadi miskin sebab mak bapak diorang tak dapat nak sediakan keperluan anak-anak mereka sebab mereka ni malas nak berkerja keras, kata Malthus. Jadi apabila kerajaan tak beri bantuan sosial kepada orang miskin secara tak langsung populasi orang miskin dalam negara tak bertambah, iaitu dengan membiarkan orang-orang miskin mati kebuluran atau mati sebab tak dapat penjagaan kesihatan yang baik.

Malthus kena basuh dengan penyata ni dulu "Anak adalah rezeki", baru aku rasa dia boleh fikir waras sikit tentang dasar yang dia cadang.
Aku tak berapa nak bersetuju dengan idea malthus sebab bagi aku ni adalah cara yang paling bukan manusia, sebab kau miskin kau tak boleh nak menikmati faedah kerajaan bila kau kaya baru kerajaan sayang kau.
Undang-undang miskin yang Malthus cadangkan ni secara tak langsung memberi kelebihan kepada golongan-golongan kaya dalam negeri tu sebab orang-orang kaya ni tak perlu lagi bayar cukai tinggi dekat kerajaan untuk bantu atau sediakan keperluan untuk orang miskin dalam negara tu sekaligus akan jadi keadaan keadaan yang sebelum ini iaitu masyarakat feudal pada zaman merkantilis padahal doktrin pemikiran ekonomi klasik adalah nak melawan golongan feudal yang mencengkam ekonomi.

sebab tu boleh cakap, sistem ekonomi apa sekali pun, walaupun niat asal sekolah tu adalah murni iaitu hendak mencari keadilan dalam masyarakat tapi bila lama-lama kau balik semula jadi macam masyarakat sistem dulu. Komunis sekalipun, biarlah tak ada orang kaya tapi bila kau pemimpin parti komunis ataupun pegawai kau dah boleh ibarat macam orang kaya dalam sistem komunis tu, kau boleh dapat apa saja dengan kuasa kau.

June 13, 2014

Realiti

The ideas of economists and political philosophers, both when they are right and when they are wrong, are more powerful than is commonly understood. Indeed the world is ruled by little else. Practical men, who believe themselves to be quite exempt from any intellectual influences, are usually the slaves of some defunct economist.
- KEYNES, J. M. (1936): The General Theory of Employment, Interest and Money. London: Macmillan, p383
Aku masih lagi cari realiti ekonomi yang sebenar-benarnya. Dan aku rasa, makin dalam aku masuk makin aku tak jumpa realiti sebenar. Kompleks dan sains yang suram, tapi belum putus asa. Jika diizinkan oleh Esa aku nak mendalam betul-betul ilmu ni.  

June 10, 2014

Klasisme III


Klasikal (Smith, Malthus, Ricardo)


Sekarang aku nak masuk lagi dalam tentang sekolah klasikal dan aku nak sentuh tiga orang yang memberi kesan signifikan terhadap sekolah klasikal iatu Adam Smith (perasan bapak ekonomi ), Thomas Malthus dan David Ricardo, aku tak nak cerita dia lahir dekat mana, bapak dia jumpa mak dia macam mana atau masa kecik dulu dia sekolah kebangsaan area mana, aku cuma nak bincang idea mereka sahaja oke. 

Smith
Seperti yang kita semua maklum idea smith yang paling signifikan dalam ekonomi klasikal ialah pengkhususan tenaga buruh, sifat mengejar kepentingan peribadi, dan paradok berlian dengan air

1.       Pendapat aku, kalau kita selusuri sejarah tamadun-tamadun lama, kepentingan pengkhususan kerja ditekankan sebagai salah satu aspek yang membawa kepada perkembangan tamadun, cakaplah tamadun apa pun mesir kuno, babylon, atau empayar islam atau rom sekalipun aspek pengkhususan pekerjaan menjadi kunci kepada kemajuan tamadun walaupun smith belum tulis buku dia masa tu. Pengkhususan pekerjaan bukanlah idea baru pada zaman ekonomi klasik cuma smith aku rasa baru sedar kepentingan atau hanya memberi penekanan terhadap pengkhususan perkerjaan dalam memastikan setiap produktiviti buruh dapat dimaksimumkan sepenuhnnya.

Aku juga nak tekankan untuk kita lihat konsep pengkhususan dari aspek moden yang mana kini kita tekankan multi-tasking dan konsep DIY sebagai alternatif kepada pengkhususan pekerjaan. Secara tak langsung mencabar pemikiran ortodok kita mengenai cara kita nak lakukan sesuatu pekerjaan.

Kesemua cara-cara yang aku tulis ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tapi aku tak nak cerita pasal benda tu, nak tekankan yang idea pengkhususan buruh pada zaman smith bukan benda yang baru dan dia jadi bapak ekonomi sebab tulisannya berkenaan pengkhususan buruh dalam ekonomi yang membawa kepada pembaikan. Kalau zaman tu aku tulis pasal pengkhususan buruh aku pun boleh jadi bapak ekonomi sekarang, apa benda la smith ni.

2.       Mengejar kepentingan peribadi berbeza dengan tamak, saja nak beri tahu kawan-kawan supaya tak keliru kemudian hari. Tamak adalah situasi yang mana kita nak semua benda walaupun kita menyekat dan menyakiti orang lain dalam kita mendapatkan sesuatu benda, manakala mengejar kepentingan peribadi melibatkan kos lepas diantara semua kemahuan kita dengan wujudnya kekangan yang menjadi halangan daripada sifat tamak.

Kau nak awek A dengan awek B sekaligus tapi tak boleh sebab kau mesti pilih salah satu antara A atau B sebab kau ada kekangan seperti duit kau tak banyak nak hendel dua-dua awek sekaligus, kalau kau ambik dua-dua kau tamak sebab kau sekat orang lain punya jalan yang mungkin berkenan dengan A atau B. macam gitu la lebih kurang contohnya aku dapat bagi. 
 
Sebelum smith mati dulu dia ada cakap macam ni “when everybody pursuing their own self intrest, society get the best of it” dan penyata ni mesti disambung dengan penyata yang ini baru sempurna pemahaman kita tentang mengejar kepentingan masing-masing “it is not from the benevolent of the butcher, the brewer, or the baker, that we expect, but from their regard to their own self interst”.

Dalam bahasa mudah, tukang masak bukannya masak sedap sebab dia pandai masak tapi dia masak sedap supaya orang datang kedai dia, dia nak duit bukan pujian orang tentang masakan dia dan orang yang datang kedai dia pun bukannya angau sebab masakan dia best sangat tapi masakan dia dapat beri kepuasan maksimum (utiliti) sesuai dengan kos yang diorang keluarkan.
Tapi kalau nak ber-bisnes jangan ambik pandagan ekonomi tentang benda yang aku tulis ni, lingkup bisnes kau nanti. Bisnes kena ada marketing dengan tindak-balas pengguna terhadap produk kau sebab tu kau kena pandai masak sedap-sedap.


3.       Persoalan yang dikeluarkan oleh Smith iaitu paradok berlian dengan air dalam menentukan nilai sesuatu barang banyak mengusutkan kepala ahli-ahli ekonomi zaman itu macam gitu-lah aku boleh cakap.
Dekat sini smith mengkategorikan 2 jenis nilai barangan iaitu nilai dalam pertukaran dan satu lagi ialah nilai dalam kegunaan

Cerita paradok berlian dengan air dalam menentukan nilai sesuatu barang adalah macam gini, kenapa berlian lebih mahal daripada air padahal kalau takada berlian pun manusia dapat hidup, dan air penting untuk hidup manusia tapi tak mahal harganya. Contoh yang aku nak beri, kau duduk dekat tengah-tengah padang pasir, mana satu lebih bernilai untuk kau masa tu? Mestilah air daripada berlian. Tapi kalau kau duduk tengah bandar mesti kau pilih berlian daripada air. Kenapa jadi gitu? Jawapan dia aku bagi nanti bila kita masuk sekolah marginalis yang berselang beberapa puluh tahun daripada sekolah klasikal sekarang.
Adakah mutiara punyai nilai sebab tu ada orang berenang pergi cari atau sebab orang berenang cari mutiara sebab tu dia ada nilai.

Macam biasa, aku rasa paradok yang menjadi persoalan masa tu membawa pemahaman kita tentang ekonomi lebih lanjut. Paradok ni aku rasa buat kita fikir balik mengenai sifat barang tu. Adakah barang itu barang semata-mata atau barang itu punyai nilai dekat kau. Aku suka tengok macam gini, kita ambik contoh kalkulator, masa sekolah dulu kalau boleh kalkulator yang kita ada jangan sesekali hilang atau kita tak sampai hati nak jual kalkulator kita masa tu sebab kalkulator tu bagi nilai dekat kita, tapi habis sekolah nak jual kalkulator kita RM2 ringgit pun takada hal atau buang saja pun boleh rilek lagi, sebab apa? sebab kalkulator tu dah takada nilai dah dekat kau. 
Contoh terbalik macam gini pulak, bila kau ada awek kau buat tak layan buat tak tahu saja tapi bila awek kau takada mula-lah kau rasa macam lembu belum pergi meragut rumput pagi hari sebab tu kau rasa ada benda yang tak kena, itulah orang tua-tua panggil rindu-rindu babi.


June 07, 2014

Klasisme II

Oke, sekarang kita dah sampai ke tahap perbincangan mengenai sekolah klasikal.
Idea sekolah klasikal masih lagi korang boleh tengok dalam kebanyakan buku mikroekonomi yang ada sekarang di sekolah-sekolah atau di penjualan buku ekonomi pasaran gelap dan juga disekeliling kita sekarang. 
Perbincangan aku mengenai ekonomi klasisme akan menumpukan kepada kebebasan ekonomi secara total daripada campurtangan kerajaan dengan peranan kuasa semula jadi pasaran dalam mengoptimumkan ekonomi , sumber-sumber ekonomi, dan pembentukan kapitalisme sekarang.

Seperti yang kita semua tahu, ekonomi klasikal menekankan kebebasan ekonomi daripada campurtangan kerajaan dalam menentukan sifatnya. Boleh jugak aku cakap sebab sekolah klasik melawan campurtangan kerajaan dalam ekonomi adalah bermula daripada sebab yang berlaku sebelum ni iaitu pada zaman merkantilis yang mana campurtangan kerajaan dalam ekonomi secara berleluasa membunuh ekonomi secara senyap. Sifat ekonomi harus dibiar untuk menyesuaikan diri dengan automatik dengan menggunakan mekanisme kuasa permintaan dan penawaran.

Macam mana kuasa permintaan dan penawaran berfungsi dalam membolehkan ekonomi menyesuaikan sifatnya secara automatik? Persoalan ni berbalik kepada sifat mengejar kepentingan masing-masing setiap agen  ekonomi yang ditekankan oleh ahli ekonomi klasik. Contoh yang dapat aku beri, penngguna akan membeli barangan atau perkhidmatan yang memberi kepuasan maksimum dengan kos yang paling murah, manakala penjual akan mengeluarkan keluaran yang paling murah dari segi kos dan menjual keluaran mereka dengan harga tinggi untuk memperolehi keuntungan yang maksimum.

Kedua-dua situasi tersebut akan berinteraksi diantara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan satu keadaan yang paling optimum diantara pengguna(permintaan) dan penjual(penawaran), (benda alah ni orang panggil keseimbangan kalau ikut buku teks).
Dengan sebab itu, dalam mencari keadaan yang paling optimum untuk ekonomi. Penjual terpaksa untuk tidak meletakkan harga produk mereka terlalu mahal sebab pengguna akan memaksimumkan kepuasan mereka dengan kos yang paling rendah.
Kalau penjual meletakkan harga mereka terlalu tinggi pengguna tidak akan membeli keluaran mereka dan beralih kepada penjual yang menawarkan harga yang relatif lebih murah daripada penjual pertama. Disini pengguna dan penjual yang rasional ditekankan dalam menjayakan mekanisme pasaran.

Setiap penjual dalam ekonomi terpaksa bersaing dengan penjual lain dalam menawarkan keluaran mereka yang paling kompetitif dari segi harga untuk peniaga memaksimumkan keuntungan. Pengguna juga terpaksa bersaing sesama mereka dalam mendapatkan barang dan perkhidmatan yang murah dari segi harga tetapi dapat memaksimumkan kepuasan. Persaingan yang berlaku diantara penjual akan menurunkan harga keluaran yang mereka tawarkan, manakala persaingan antara pengguna akan menaikkan harga barangan yang diminta. Kedua-dua situasi yang aku sebutkan tadi akan beinteraksi antara satu sama lain dalam menentukan tingkat yang paling optimum dalam ekonomi. Oleh sebab itu, campurtangan kerajaan dilihat akan memusnahkan mekasisme semula jadi ekonomi mengikut pandangan klasikal.

June 04, 2014

Klasisme I

Kalau kita borak pasal sekolah klasikal, kita mesti sinonim dengan Adam Smith iaitu bapak ekonomi. Bagi aku, kepala bapak kau suka-suka buat gelaran macam tu (tiba-tiba jadi bapak ekonomi).
Klasikal mula apabila pemikiran fisiokrat tamat bila Smith tulis buku nation of wealth selepas melawat perancis dengan memahami dan mengkaji ekonomi fisiokrat yang diamalkan oleh perancis.

Pemikiran klasikal berkembang selari dengan revolusi perindustrian yang berlaku dekat Britain pada waktu tu apabila sektor industri mula mengganti sektor pertanian. Perkembangan sekolah klasikal juga selari dengan revolusi sains yang berlaku iaitu apabila newton duduk bawah pokok chempedak kemudian buah chempedak jatuh atas kepala dia secara tak langsung dia rasa ada satu kuasa yang mengikat alam semula jadi iaitu kuasa graviti manakala ahli ekonomi klasik juga berpendapat ekonomi juga terikat dengan kuasa alam semula jadi.

Tidak seperti fisiokrat yang mana aku cakap sebelum ni adalah bentuk kapitalisme yang primitif, sekolah klasikal ialah sekolah yang membentuk kapitalisme yang lebih sempurna dan ketahap yang lebih terperinci dan lanjut.




Idea sekolah klasikal
1.       Seperti juga ahli fisiokrat, ahli klasisme percaya bahawa campurtangan kerajaan dalam ekonomi menyebabkan ekonomi gagal untuk mencapai tahap optimum-nya.
Oleh itu, orang-orang klasisme berpendapat bahawa kerajaan hanya layak campurtangan sedikit sahaja dalam ekonomi atau tiada campurtangan langsung kerana campurtangan kerajaan dalam ekonomi menggangu sifat semula jadi ekonomi. Biar ekonomi itu regulasi dengan sendiri dengan kuasa pasaran yang kompetitif. Kuasa pasaran yang semula jadi akan menetukan tahap keluaran firma, harga dan pertukaran.

2.       Ahli klasikal menekankan ekonomi yang berkepentingan peribadi (individualistik). Asas semula jadi manusia merupakan badan yang mengarah manusia mengejar kepentingan peribadi

3.       Ahli klasikal juga menekankan hubungan harmoni di dalam kepentingan. Apabila semua orang mengejar kepentingan masing-masing, masyarakat memperolehi manfaat secara tak langsung

4.       Ekonomi klasikal juga menekankan kepentingan sumber ekonomi dan kegiatannya dalam menentukan gerak kerja ekonomi. Ahli ekonomi klasikal menyenaraikan empat sumber ekonomi yang paling utama dalam ekonomi iaitu Tanah, Buruh, Modal, dan keusahawanan serta hasil setiap sumber ekonomi sewa untuk tanah, upah untuk buruh, faedah (riba) untuk modal, dan keuntungan untuk keusahawanan.
5.       Hukum-hukum ekonomi. Oleh kerana perkembangan klasikal selari dengan revolusi saintifik maka ahli klasikal banyak memberi sumbangan dalam hukum-hukum ekonomi yang asas. Sebagai contoh, kuasa pasaran yang terdiri daripada interaksi permintaan dan penawaran dalam menentukan harga dan keluaran sesuatu  barangan dan hukum say (say law's) iaitu penawaran mewujudkan permintaan.

June 02, 2014

Fisiokrat II

Seperti yang aku tulis pada entry yang lepas, fisiokrat  merupakan tindak balas kepada  kerajaan dan golongan feudal yang campurtangan dalam ekonomi yang membuatkan ekonomi domestik menjadi lembab akibat pengenalan beberapa dasar yang menjadi halangan terhadap perkembangan ekonomi. 
Ikut pendapat aku, aku condong menyokong fisiokrat dalam beberapa pekara iaitu kebebasan ekonomi daripada campurtanggan kerajaan, mencukai golongan tuan tanah dan hubung-kait antara agen-agen dalam ekonomi.  

1.       Kebebasan ekonomi daripada campurtangan kerajaan  - kebebasan ekonomi penting kerana setiap agen dalam ekonomi akan mendapat kebajikan maksimum apabila mereka sendiri menentukan kegiatan mereka dalam ekonomi . Walaupun aku tulis begitu tetapi aku tak bersetuju sepenuhnya dengan membiar ekonomi bebas daripada campurtangan kerajaan. Campurtangan kerajaan dalam ekonomi aku rasa perlu apabila mekanisme pasaran gagal. Disini timbul lagi persoalan aku iaitu bila pasaran tu gagal? dan Adakah pasaran tu gagal atas sebab semula jadi atau dasar kerajaan sebelum ini yang membuatkan pasaran menjadi gagal? Dan persoalan aku yang seterusnya ialah jaminan campurtangan kerajaan dalam ekonomi dalam membetulkan ekonomi dalam jangka panjang? Kerana kita sedia maklum setiap campurtangan kerajaan dalam ekonomi tak kira fiskal atau monetari hanya menyelesaikan masalah ekonomi jangka pendek.

2.       Mencukai tuan tanah - aku rasa idea ini paling kritikal dalam fisiokrat sebab ia menyamaratakan kedudukan setiap agen dalam ekonomi.  Ikut pendapat aku, sepatutnya tiada agen dalam ekonomi yang lebih superior berbanding agen lain, semuanya sama rata membolehkan kita, yakni aku rasa dapat mengurangkan prejudis dan  ketakadilan terhadap sesuatu agen dalam ekonomi serta kita dapat menganalisis ekonomi dengan lebih baik apa bila semua pihak dalam ekonomi adalah samarata. Mencukai tuan tanah adalah satu usaha fisiokrat untuk melawan masalah “rent-seeking” yang melampau oleh tuan tanah kerana mereka tidak menyumbang pun terhadap produktiviti negara cuma duduk rumah, hujung bulan duit masuk. Contohnya, kau susah-susah kerja nak dapat gaji supaya boleh survive hidup bulan depan dengan harapan perut kau tak lapar lepas tu kau masih ada lagi balance yang boleh beli benda yang buat kau rasa happy tapi kau kena bayar cukai pendapatan, sedangkan company yang kau kerja dapat hasil berlipat-lipat lepas tu agih keuntungan mereka dekat pemodal mereka yang hanya bagi modal dan kena cukai lebih sikit daripada kau, kau rasa tension tak? Benda ni-lah ahli-ahli fisiokrat rasa penting untuk mencukai tuan tanah atau dari segi bahasa moden mencukai para pemodal, mencukai tuan rumah sewa, mencukai tuan kereta sewa dan macam-macam tuan lagi yang layak dicukai.

3.       Ahli ekonomi fisiokrat berjaya aku rasa dalam memberi kefaham lanjut dekat kita tentang ekonomi dari segi hubung-kait ekonomi melalui tableau economique oleh Quesnay.
Tableau economique ialah bentuk primitif circular flow diagram yang ada sekarang yang mana menunjukkan kita aliran  wang dalam ekonomi dan aliran barang dan perkhidmatan serta aliran faktor dalam ekonomi. 
“Circulation of wealth and goods in the economy was like the circulation of blood in the body. Both conformed to the natural order, and both could be understand though thoughtful analysis ” lebih kurang macam gitu-lah Quesnay cakap sebelum dia mati.

Walaupun fisiokrat berjaya mengayakan lagi kefahaman kita tentang ekonomi, tapi macam biasa ada saja benda yang aku tak berapa berkenan macam penekanan fisiokrat terhadap sektor pertanian dan mengurangkan tumpuan mereka terhadap kepentingan sektor industri. Pun gitu, fisiokrat tak boleh nak disalahkan jugak dalam hendak memahami kepentingan industri sebab revolusi perindustrian mula selepas  pemikiran fisiokrat berkubur apabila munculnya pemikiran klasisme selepas itu. Industri zaman sebelum revolusi industri masih lagi kecil-kecilan dan masih lagi belum pandai memeras buruh kerja macam kuli dan tidak sehebat seperti zaman selepas tu sebab tu aku rasa mereka-mereka ni tak berapa faham dengan kepentingan sektor industri terhadap ekonomi.

Habislah cerita fisiokrat untuk hari ni dan aku harap besok lebih baik daripada hari ini.