May 30, 2014

Fisiokrat I


Fisiokrat aku boleh cakap adalah bentuk kapitalisme yang  primitif yang berkembang di perancis tatkala Britain masih lagi angau dengan dunia merkantilis mereka. Kemunculan fisiokrat adalah satu tindak balas untuk melawan campurtangan kerajaan dan golongan feudal dalam ekonomi yang mana orang-orang fisiokrat percaya campurtangan kerajaan dalam ekonomi menjadi sebab pertumbuhan ekonomi menjadi lembab macam kura-kura pada zaman tu kerana wujud pelbagai cukai dan tol yang  dikenakan kepada petani yang menghalang perkembangan ekonomi tempatan serta sikap “rent seeking” yang melampau oleh tuan tanah.
Fisiokrat juga aku boleh cakap sebagai pemangkin kepada kemunculan revolusi perindustrian yang berlaku selepas tu.

                                      



Idea fisiokrat
1.       Hukum semula jadi. Ahli-ahli fisiokrat berpendapat bahawa setiap kegiatan manusia mestilah mempunyai harmoni dengan hukum semula jadi iaitu hukum semula menjadi memandu dalam semua kegiatan manusia.

2.       Laissez-faire bermaksud “biar masyarakat buat apa yang mereka suka tanpa campurtangan kerajaan dalam menentukan kegiatan mereka”. Fisiokrat berpendapat fungsi kerajaan hanyalah menjaga rakyat dari sebarang ancaman negara luar dan menjaga hak milikan harta serta memastikan kebebasan rakyat untuk membuat kontrak (transaksi). Campurtangan kerajaan dalam ekonomi dikritik hebat kerana campurtangan kerajaan dalam ekonomi punca kelembapan pertumbuhan ekonomi dan ketakadilan ekonomi menurut fisiokrat.

3.       Fisiokrat memberi penekanan kepada  pengeluaran hasil pertanian seperti hasil sayuran dan ternakan kerana mereka berpendapat bahawa sektor tersebut adalah produktif kerana selalu mencipta lebihan dalam keluaran iaitu input yang digunakan dalam pertanian menghasilkan output yang lebih daripada input yang telah digunakan yang mana penting kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Fisiokrat juga berpendapat bahawa barangan industri dan perkhidmatan tidak produktif atau mandul kerana pengeluaran barang-barang tersebut tidak menghasilkan tambah nilai dalam ekonomi. 

4.       Salah satu idea penting dalam fisiokrat ialah mencukai tuan tanah bukannya para petani yang telah bekerja kerana tuan tanah yang menerima sewa daripada tanah yang digunakan oleh petani untuk kegiatan pertanian sepatutnya tuan tanahlah yang patut dicukai kerana tuan tanah menerima untung atas angin hasil daripada sewa.
 
5.       Hubung-kait agen-agen ekonomi. Fisiokrat merupakan sekolah ekonomi yang pertama yang mengenalpasti hubung-kait melalui kerja Quesnay iaitu Tableau Economique.


May 28, 2014

Merkantilis II

Ekonomi merkantilis merupakan ekonomi yang paling mahal untuk dilaksanakan ikut pendapat aku sebab kerajaan kena pastikan punyai jumlah askar yang ramai serta mempunyai kerajaan yang betul-betul kuat untuk mengawal negara-negara yang dijajah lepas tu negara ibu kena keluarkan biaya untuk membangunkan struktur asas negara yang dijajah sedangkan pembangunan struktur negara ibu belum lagi sempurna.

Aku juga rasa, pertumbuhan ekonomi tempatan akan menjadi lembab dan tak cergas dalam ekonomi merkantilis sebab pemberian kuasa monopoli oleh kerajaan hanya kepada  beberapa firma dalam ekonomi untuk menghapuskan persaingan dalam ekonomi domestik dan firma baru tak boleh senang-senang nak masuk dalam industri. Dalam jangka panjang pendapat aku keluaran negara akan berkurangan dan peluang pekerjaan menjadi semakin sempit dan rakyat terpaksa berebut untuk mendapatkan kerja sebab dasar monopoli yang diamalkan kerajaan menyebabkan firma-firma baru tak boleh nak masuk industri.

Percukaian feudal juga menjadi sebab ekonomi domestik tak berkembang iaitu bayangkan kau pesawah, sebahagian besar hasil pertanian yang  kau usahakan kau kena serahkan kepada tuan tanah katakan 7/10 daripada hasil dan tuan tanah serahkan 3/7 hasil kepada raja. Kau hanya nikmati 3/10 hasil yang kau usaha.
Merkantilis memupuk sifat “rent-seeking” yang berlebihan yang akhirnya membunuh ekonomi, golongan tuan tanah dan raja terus kaya, rakyat biasa terus miskin. Ironinya, aku rasa benda ni tak lari pun daripada realiti ekonomi sekarang.

Walaupun ada beberapa kekurangan yang aku tulis dekat atas, merkantilis juga betul dalam beberapa pekara iaitu hubungan lebihan dan kurangan dalam perdaganan antarabangsa, perdagangan antarabangsa, dengan kepentingan emas dan perak dalam ekonomi. Dalam ekonomi moden, betul bahawa negara tak boleh dengan serentak mencapai lebihan dan kurangan dalam perdagagan sekaligus, negara mesti salah satu samada dapat lebihan dalam perdagangan atau kurangan dalam perdagangan, sebab itu tiap kali hujung tahun kita semua dengar laporan ekonomi yang sebut pasal imbangan perdagangan bagi sesebuah negara, benda alah tu datang dari merkantilis.

Pasal emas dengan perak aku rasa semua orang sedia maklum kepentingan kedua-dua besi ni dalam ekonomi tradisional atau moden atau ekonomi islam sekalipun. Emas dengan perak merupakan wang yang betul-betul mempunyai nilai, tak macam duit fiat yang hanya ada nilai muka hakikatnya cuma kertas dengan logam yang dicop dengan nombor, walaupun aku cakap macam duit fiat betul-betul tak guna tapi ada kebaikan jugak, tajuk lain nanti aku cerita.

Walaupun merkantilis ni perdagangan dia bersifat menindas, ada jugak la memberi pelajaran dekat kita semua tentang kepentingan perdagagan antarabangsa. Dengan perdagangan, negara merkantilis berat dan tegar boleh jadi kaya-raya  sebab masa merkantilis hanya ada idea faedah mutlak (absolute advantage) iaitu dengan mengeksploit negara lain dalam perdagangan sebab masa tu belum ada lagi idea perdagangan faedah berbanding (comparative advantage) secara tak langsung menggalakan perdagangan antarabangsa untuk berkembang.

Ekonomi merkantilis memberi manfaat kepada golongan feudal dan raja sebab kebanyakan dasar-dasar ekonomi yang dibuat memberi kelebihan kepada golongan tersebut kerana mereka mempunyai kuasa dalam menentukan berapa cukai yang harus mereka dapat, kegiatan ekonomi apa yang mereka rasa berkenan dengan jiwa diorang dan memastikan kedudukan mereka sentiasa bebas daripada sebarang ancaman.

Sekian bebelan aku tentang merkantilis.

May 26, 2014

Merkantilis I


Sebab zaman barat lama bersifat feudalisme dengan imperialisme (aku rasa semua sejarah negara lalu bersifat feudalisme dengan imperialisme di asia sekalipun) secara tak langsung membentuk pemikiran ekonomi merkantilis pada zaman tu.
Pemikiran ekonomi merkantilis menitik beratkan kekayaan negara iaitu negara paling kaya secara tak langsung negara paling kuat pada zaman tu.
(Malaya suatu ketika dahulu pun bersifat feudalisme juga)

                                 

Emas merupakan instrument untuk mengukur kekayaan negara. Macam yang aku tulis diatas tadi, negara siapa yang banyak emas, negara dia lah yang paling best.
keinginan untuk memiliki emas secara tak langsung membuat dasar negara di cipta untuk menggunakan apa kaedah dan cara apa sekali pun untuk mendapat emas walaupun dengan cara menindas dan tak berhati perut.

Asas-asas merkantilis

1.       Merkantilis berpendapat bahawa kekayaan negara bergantung kapada jumlah simpanan emas atau perak yang dimiliki. Oleh itu, emas dan perak adalah sangat penting dalam ekonomi merkantilis. Apa cara sekalipun boleh digunakan untuk mendapat emas dari negara lain. Selari dengan penulisan Nicolo Machiavelli dalam bukunya the prince iaitu matlamat menghalalkan cara.

2.      Merkantilis berpendapat bahawa negara yang kuat akan selalu mendapat kelebihan dalam perdagangan antarabangsa iaitu mereka berupaya mendapat lebihan dalam eksport bersih secara tak langsung menambahkan lagi simpanan emas negara. Perdagangan antara negara ialah bersifat faedah mutlak (absolute advantage) iaitu hanya satu pihak yang peroleh manfaat daripada perdagangan antara negara. Sementara itu negara yang lemah akan dieksploitasi oleh negara yang kuat dari segi perdagangan antarabangsa kerana mereka berpandapat negara kuat berhak berbuat begitu. Negara juga tidak boleh dengan serentak mencapai lebihan dan kurangan perdagangan sekaligus, jika negara mencapai lebihan perdagangan maka negara tak mengalami kurangan perdagangan dan sebaliknya.

3.      Untuk bahan mentah yang tidak terdapat di dalam negara tetapi mesti digunakan untuk menghasilkan barang lain, merkantilis menganjurkan supaya berang tersebut tidak dicukaikan kerana barang tersebut peting dalam penghasilan barang lain, jika barang tersebut dicukaikan maka negara akan hilang manfaat daripada persaingan perdagangan kerana ia akan menyebabkan barang yang dihasilkan menjadi mahal harganya seterusnya mengurangkan permintaan terhadap keluaran barang mereka.

4.      Kita sampai di tahap yang paling penting sekali iaitu, kolonialisasi dan monopolisasi perdagangan, penting untuk merkantilis kerana mereka ingin negara yang dijajah bergantung kepada negara penjajah iaitu dari segi pembekalan barang-barang siap kepada negara yang dijajah supaya ekonomi yang dijajah tetap bergantung dengan mereka. Negara yang dijajah juga penting kepada kolonial kerana menyediakan pasaran untuk barang siap yang dihasilkan oleh mereka.

5.      Kerajaan dan tentera yang kuat diperlukan untuk menjayakan ekonomi merkantilis. Kerajaan yang kuat penting kerana kerajaan akan memberikan kuasa monopoli perdagangan kepada firma-firma kolonial, contoh mudah syarikat hindia timur inggeris.
Tentera yang kuat diperlukan bagi memaksa negara yang dijajah menurut perintah negara kolonial dan memberikan ancaman peperangan jika negara yang diperintah tidak mengikut arahan. Matlamat menghalalkan cara.
Dalam ekonomi merkantilis, campur-tangan kerajaan dalam ekonomi adalah signifikan.

6.      Jumlah populasi yang ramai ditekankan kerana ianya akan menyediakan tenaga buruh yang murah dari segi kos dan kerajinan buruh amat ditekankan. Buruh yang malas tidak akan di toleransi dan dimaafkan kerana ianya akan mencipta populasi yang malas, Buruh yang malas akan dihukum oleh kerajaan. Jumlah populasi yang ramai juga penting kerana ia akan mencipta pasaran untuk barang yang dihasilkan.      

May 24, 2014

Benda-benda aku nak sentuh

Masa diawal penulisan aku dulu aku ada tulis yang belajar ekonomi ni kau kena pergi semua pulau baru kau faham apa ekonomi tu sebenarnya dan aku rasa dengan belajar sejarah ekonomi secara tak langsung kita belajar semua pulau-pulau yang ada walaupun tak berapa lengkap.
Untuk penulisan sejarah ekonomi, aku mula dengan sejarah dari perspektif ekonomi barat dulu lepas tu baru aku tulis dari segi perspektif islam berkenaan sejarah ekonomi.

Untuk sejarah ekonomi perpektif barat aku akan tulis tajuk-tajuk macam berikut kalau ada tenaga dan kesempatan.

1.  Merkantilis
2.   Fisiokrat
3.  Klasisme
4.   Sosialis
5.   Sekolah Ekonomi Jerman
6.  Marginalis
7.  Neoklasikal
8.  Ekonomi matematiik
9. Institutionalisme
10. Sekolah Keynesian
11. Sekolah Chicago atau new-klasisme 

Tak tahu tajuk apa nak tulis pun boleh jadi title. Apa benda!

Sekarang untuk tidak mengkusutkan kepala otak aku, aku amalkan hidup ikut flow tapi bukannya follow macam lembu kena cucuk hidung. Pendekatan aku sekarang lebih sederhana, aku tak nak radikal dan anarki sangat sebab nanti serabut kepala otak aku. Jati diri tu penting dan aku masih skeptik dengan banyak perkara tapi bukan sampai tahap membenci tak tentu hala.
Walaupun bunyi macam putus asa, sebenarnya aku belum lagi.

Kalau boleh tema blog ni aku nak cerita pasal aku sikit,pasal ekonomi
(tapi kalau boleh taknak membebel pasal kadar inflasi dengan kadar bunga macam bank negara, aku nak menulis ikut perspektif aku) pastu campur politik dengan sosial sikit-sikit kalau ada tajuk yang aku rasa berkenan nak menulis.

Untuk entry depan aku ingat nak menulis pasal sejarah ekonomi dulu, aku rasa penting nak tulis pasal sejarah ekonomi sebab biar korang semua faham macam mana pembentukan ekonomi dari dulu hingga sekarang, apa benda ekonomi yang sebenarnya, dan aku nak beri pendedahan dekat kau orang semua., sebab bukan semua orang belajar ekonomi pun, jadi apa benda yang aku belajar dalam jurusan aku, kalau boleh aku nak berkongsi baru berkembang ilmu. Baru kita boleh menuju ke wawasan 2020, tak gitu.

May 23, 2014

Cerita lama 2

Habis sekolah aku masuk sekolah yang paling tinggi dalam sistem di Borneo dan mengkhusus dalam jurusan yang aku minat iaitu jurusan ekonomi.
Aku masih ingat lagi waktu aku first year bila mana waktu tu aku depress sangat sebab kenapa benda yang aku belajar dalam kelas dengan idea dangan teori ekonomi tak selari dengan realiti ekonomi sebenar.
Ahli ekonomi itu selalu membuat anggapan untuk memudahkan pemahaman dunia realiti tapi secara tak langsung kita lari dari kaji realiti sebenar. Buat anggapan tu tak salah tapi bila anggapan tu mula lebih-lebih dan mengarut, macam mana nak faham realiti sebenar? Sampai sudah takkan faham. Selagi tu-lah masalah melambung dan melesetnya ekonomi, inflasi dan deflasi, pengganguran, sistem pasaran (bukan kapitalis) kita tak akan dapat faham dengan sempurna.

Seperkara lagi yang buat aku tertekan bila ekonomi yang aku pelajari di peringkat lanjutan ni menjurus kepada satu pemikiran iaitu ekonomi neoklasisme dan marginalis untuk mikroekonomi dan Keynesian dan ekonomi monetari untuk makroekonomi. Aku boleh cakap kebanyakan fakulti ekonomi di Malaysia menjurus kepada pemikiran-pemikiran tersebut. Secara tak langsung semua pelajar ditanam satu idea ekonomi takkan lari jauh daripada idea sekolah neoklasisme, marginalis, keynesian dan monetari.

Menjadi pelajar penganut sistem. Aku tak ingat aku baca dari mana iaitu pelajaran ekonomi itu seperti pulau-pulau, untuk faham ekonomi sebenarnya kau kena jelajah semua pulau tersebut baru kau faham. Jadi pelajaran ekonomi di Malaysia ini cuma pulau-pulau kecil, pastu sembang macam dah pergi semua pulau. Perlu diingatkan disini ada pulau berperang dengan pulau lain contoh mudah kapitalis lawan sosialis atau sekolah ekonomi autria lawan sosialis dengan separa-kapitalis.
Jadi kalau boleh aku nak pergi ke menjelajah ke semua pulau dengan rasa tanpa sikit prejudis pun terhadap pemikiran ekonomi sekolah mereka.
Yelah alami ekonomi separuh kapitalis mesti kau prejudis dengan sistem ekonomi sosialis sebab kerajaan kau momok macam gitu kan.

Lagi, aku aku rasa lemah kusut dan tertekan dengan otak aku bila kerajaan kau buat dasar ekonomi tah apa-apa dangan tak konsisten dengan satu dasar lepas tu nak kejar dasar lain pulak. Dasar paling konsisten aku rasa DEB masa tu kerajaan kau tak pandai lagi nak flip-flop. Aku rasa benda yang paling bullshit kerajaan buat ialah bila kita nak tuju negara maju tapi bagi BRIM sebab nak tackle masalah kemiskinan. Sekarang ni, kita nak ke negara maju atau nak tackle masalah kemiskinan? Tak boleh ke kita konsisten dengan satu dasar bila dah capai bolehlah ke dasar lain. Setiap kali menteri bertukar, kali itu jugalah dasar bertukar.

Sampai sini dulu lah aku nak membebel...

May 22, 2014

Introverto

Aku rasa selesa bila lepak sorang-sorang, tapi kekadang datang jugak la rasa boring sebab takada geng nak lepak. Aku  suka isap rokok sorang-sorang, masyarakat kita ni pelik bila tengok orang lelaki baca buku, aku baca buku dekat tempat yang paling aman macam taman atau tasik takpun bilik sorang-sorang jugak. Pergi makan sorang-sorang, tengok movie kekadang sorang-sorang, keluar outing pun sorang-sorang. Aku boleh cakap aku ni loner tapi buka loner yang loser.

Bukan sebab takada kawan atau aku jenis sombong. Aku ada kawan, tapi aku tak boleh lepak lama-lama sebab tak lama lepas tu aku rasa puas, letih. Aku kena cari masa keseorangan balik untuk charge balik tenaga baru aku cergas balik.
Tapi kalau lepak dengan sahabat, tak payah cari masa nak duduk sorang-sorang pun tak apa, tak balik pun boleh ok lagi.

Aku rasa trait aku yang introvert ini-lah membuat aku jadi seorang
perfectionist (suka buat kerja ikut POV aku), idealis yang kecewa, dan indie serta lone ranger aku boleh cakap. Banyak masa aku duduk sorang-sorang baca buku (apa genre sekalipun), faham, hadam dan fikir. Membentuk aku jadi Idealis dan akhirnya idealis yang kecewa.

Ada jugak la aku fikir, sampai bila aku nak terus jadi introvert yang penuh dengan sifat individualistik?
Sekian-lah cerita aku hari ini.

Cerita lama 1

Aku mula kenal dengan subjek ekonomi waktu aku tingkatan 6, sebelum ni aliran sains masa sekolah menengah. Bagi aku subjek ni memang best bagi aku sebab ia buat aku rasa lagi dekat dengan masyarakat dengan cuba faham kegiatan manusia melalui ekonomi. masa aliran sains sekolah menengah serious aku cakap aku tak seronok langsung belajar sains sebab tu result aku teruk time tu.

Geng-geng lain semua dah masuk matrik atau diploma universiti. Dalam kelas tu aku sorang saja yang masuk sekolah balik, waktu tu peduli apa orang cakap aku sarung baju sekolah dan pergi masuk sekolah balik. Ada jugak la rasa down tapi hikmah juga bila masuk tingkatan 6 bila aku jumpa subjek ekonomi, baru aku rasa seronok balik nak bukak buku sebab dah tak ada jadual kimia yang aku kena hafal atau formula fizik yang tah apa-apa dan dengan bentuk badan patung lelaki manusia dekat makmal biologi, bagi la patung perempuan baru la aku seronok nak belajar biologi.
Di Malaysia ni budak aliran sains yang ada masa depan cerah aliran kata orang tua dan budak sekolah aliran lain boleh jadi mat rempit, tukang sapu, pengambil order kedai makan, cleaner dan lain-lain kerja gaji rendah sebab bukan aliran sains. Sempit betul, bagi la budak tu belajar benda yang dia minat.

Dari situ aku mula kenal apa tu mikroekonomi dan makroekonomi iaitu dua perpektif yang berbeza bila kau melihat ekonomi tapi tujuannya satu iaitu untuk faham ekonomi.
Aku nak terima kasih dekat dua-dua cikgu ekonomi sebab bersungguh ajar dengan aku kena bawak nota subjek yang berat tiap-tiap hari, aku ingat fail nota ekonomi kalau baling dekat anjing boleh mati sebab berat nak mampus.
Sebab subjek ekonomi tingkatan 6 otak aku mula menghasut untuk jadi manusia idealis, cuba cipta utopia yang semua orang bahagia tapi tak boleh sebab bila kau perhati realiti dunia memang susah nak buat dunia jadi utopia sebab tu aku panggil diri aku sang idealis yang kecewa.

May 21, 2014

Dilemma sang bujang

Kadang-kadang aku rasa fed-up dengan semua pekara. Fikiran dengan hati aku kerap berontak tak bersetuju dengan apa yang aku lihat dan alami. Menjadi seorang idealist itu adalah sesuatu yang susah yang akhirnya memakan diri apabila aku fed-up dengan situasi yang aku alami tapi aku tak boleh nak ubah. 
Aku sampai di satu jalan yang mana aku terpaksa tempuhi dan alami benda yang aku tak setuju kerana kalau aku tak ikut aku akan jadi makhluk asing dalam masyarakat
(sekarang pun aku dah macam makhluk asing). Terpaksa kerana tak rela.
Kenapa aku nak pening kepala, hidup je macam biasa, pergi sekolah, makan, tidur, habis belajar cari kerja, kawin, pastu mati, jangan lawan sistem nanti kau susah. Jangan fikir berat-berat.

Soalan aku sampai bila? Sampai bila aku terus lena dengan hidup aku buat benda sebab akhirnya nanti aku sendiri tak bahagia, terpaksa buat benda sebab nak ikut sistem, dah tua besok pun masih cari apa lagi kekurangan dan kalau boleh kau nak atasi kekurangan tu yang waktu muda dulu kau tak boleh nak capai.

Soalan-soalan ini membunuh aku, samada aku nak berontak tak bersetuju dengan sistem atau ikut sahaja flow sistem supaya hidup aku senang.

Pengenalan Otak

Tujuan aku tulis blog bila aku rasa facebook bukan tempat untuk aku tulis panjang-panjang macam karangan. Itu sebabnya.
Asal dari sebuah negeri di pantai timur Malaya, kini sedang bersekolah di Borneo.
Niat blog aku ialah hendak menulis apa yang selalu menggangu fikiran aku, dan bukan fikiran orang lain.
Agar hidup aku lebih bahagia apabila aku ada tempat untuk mencurah segala kekusutan minda.