May 30, 2014

Fisiokrat I


Fisiokrat aku boleh cakap adalah bentuk kapitalisme yang  primitif yang berkembang di perancis tatkala Britain masih lagi angau dengan dunia merkantilis mereka. Kemunculan fisiokrat adalah satu tindak balas untuk melawan campurtangan kerajaan dan golongan feudal dalam ekonomi yang mana orang-orang fisiokrat percaya campurtangan kerajaan dalam ekonomi menjadi sebab pertumbuhan ekonomi menjadi lembab macam kura-kura pada zaman tu kerana wujud pelbagai cukai dan tol yang  dikenakan kepada petani yang menghalang perkembangan ekonomi tempatan serta sikap “rent seeking” yang melampau oleh tuan tanah.
Fisiokrat juga aku boleh cakap sebagai pemangkin kepada kemunculan revolusi perindustrian yang berlaku selepas tu.

                                      



Idea fisiokrat
1.       Hukum semula jadi. Ahli-ahli fisiokrat berpendapat bahawa setiap kegiatan manusia mestilah mempunyai harmoni dengan hukum semula jadi iaitu hukum semula menjadi memandu dalam semua kegiatan manusia.

2.       Laissez-faire bermaksud “biar masyarakat buat apa yang mereka suka tanpa campurtangan kerajaan dalam menentukan kegiatan mereka”. Fisiokrat berpendapat fungsi kerajaan hanyalah menjaga rakyat dari sebarang ancaman negara luar dan menjaga hak milikan harta serta memastikan kebebasan rakyat untuk membuat kontrak (transaksi). Campurtangan kerajaan dalam ekonomi dikritik hebat kerana campurtangan kerajaan dalam ekonomi punca kelembapan pertumbuhan ekonomi dan ketakadilan ekonomi menurut fisiokrat.

3.       Fisiokrat memberi penekanan kepada  pengeluaran hasil pertanian seperti hasil sayuran dan ternakan kerana mereka berpendapat bahawa sektor tersebut adalah produktif kerana selalu mencipta lebihan dalam keluaran iaitu input yang digunakan dalam pertanian menghasilkan output yang lebih daripada input yang telah digunakan yang mana penting kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Fisiokrat juga berpendapat bahawa barangan industri dan perkhidmatan tidak produktif atau mandul kerana pengeluaran barang-barang tersebut tidak menghasilkan tambah nilai dalam ekonomi. 

4.       Salah satu idea penting dalam fisiokrat ialah mencukai tuan tanah bukannya para petani yang telah bekerja kerana tuan tanah yang menerima sewa daripada tanah yang digunakan oleh petani untuk kegiatan pertanian sepatutnya tuan tanahlah yang patut dicukai kerana tuan tanah menerima untung atas angin hasil daripada sewa.
 
5.       Hubung-kait agen-agen ekonomi. Fisiokrat merupakan sekolah ekonomi yang pertama yang mengenalpasti hubung-kait melalui kerja Quesnay iaitu Tableau Economique.


No comments:

Post a Comment