May 26, 2014

Merkantilis I


Sebab zaman barat lama bersifat feudalisme dengan imperialisme (aku rasa semua sejarah negara lalu bersifat feudalisme dengan imperialisme di asia sekalipun) secara tak langsung membentuk pemikiran ekonomi merkantilis pada zaman tu.
Pemikiran ekonomi merkantilis menitik beratkan kekayaan negara iaitu negara paling kaya secara tak langsung negara paling kuat pada zaman tu.
(Malaya suatu ketika dahulu pun bersifat feudalisme juga)

                                 

Emas merupakan instrument untuk mengukur kekayaan negara. Macam yang aku tulis diatas tadi, negara siapa yang banyak emas, negara dia lah yang paling best.
keinginan untuk memiliki emas secara tak langsung membuat dasar negara di cipta untuk menggunakan apa kaedah dan cara apa sekali pun untuk mendapat emas walaupun dengan cara menindas dan tak berhati perut.

Asas-asas merkantilis

1.       Merkantilis berpendapat bahawa kekayaan negara bergantung kapada jumlah simpanan emas atau perak yang dimiliki. Oleh itu, emas dan perak adalah sangat penting dalam ekonomi merkantilis. Apa cara sekalipun boleh digunakan untuk mendapat emas dari negara lain. Selari dengan penulisan Nicolo Machiavelli dalam bukunya the prince iaitu matlamat menghalalkan cara.

2.      Merkantilis berpendapat bahawa negara yang kuat akan selalu mendapat kelebihan dalam perdagangan antarabangsa iaitu mereka berupaya mendapat lebihan dalam eksport bersih secara tak langsung menambahkan lagi simpanan emas negara. Perdagangan antara negara ialah bersifat faedah mutlak (absolute advantage) iaitu hanya satu pihak yang peroleh manfaat daripada perdagangan antara negara. Sementara itu negara yang lemah akan dieksploitasi oleh negara yang kuat dari segi perdagangan antarabangsa kerana mereka berpandapat negara kuat berhak berbuat begitu. Negara juga tidak boleh dengan serentak mencapai lebihan dan kurangan perdagangan sekaligus, jika negara mencapai lebihan perdagangan maka negara tak mengalami kurangan perdagangan dan sebaliknya.

3.      Untuk bahan mentah yang tidak terdapat di dalam negara tetapi mesti digunakan untuk menghasilkan barang lain, merkantilis menganjurkan supaya berang tersebut tidak dicukaikan kerana barang tersebut peting dalam penghasilan barang lain, jika barang tersebut dicukaikan maka negara akan hilang manfaat daripada persaingan perdagangan kerana ia akan menyebabkan barang yang dihasilkan menjadi mahal harganya seterusnya mengurangkan permintaan terhadap keluaran barang mereka.

4.      Kita sampai di tahap yang paling penting sekali iaitu, kolonialisasi dan monopolisasi perdagangan, penting untuk merkantilis kerana mereka ingin negara yang dijajah bergantung kepada negara penjajah iaitu dari segi pembekalan barang-barang siap kepada negara yang dijajah supaya ekonomi yang dijajah tetap bergantung dengan mereka. Negara yang dijajah juga penting kepada kolonial kerana menyediakan pasaran untuk barang siap yang dihasilkan oleh mereka.

5.      Kerajaan dan tentera yang kuat diperlukan untuk menjayakan ekonomi merkantilis. Kerajaan yang kuat penting kerana kerajaan akan memberikan kuasa monopoli perdagangan kepada firma-firma kolonial, contoh mudah syarikat hindia timur inggeris.
Tentera yang kuat diperlukan bagi memaksa negara yang dijajah menurut perintah negara kolonial dan memberikan ancaman peperangan jika negara yang diperintah tidak mengikut arahan. Matlamat menghalalkan cara.
Dalam ekonomi merkantilis, campur-tangan kerajaan dalam ekonomi adalah signifikan.

6.      Jumlah populasi yang ramai ditekankan kerana ianya akan menyediakan tenaga buruh yang murah dari segi kos dan kerajinan buruh amat ditekankan. Buruh yang malas tidak akan di toleransi dan dimaafkan kerana ianya akan mencipta populasi yang malas, Buruh yang malas akan dihukum oleh kerajaan. Jumlah populasi yang ramai juga penting kerana ia akan mencipta pasaran untuk barang yang dihasilkan.      

No comments:

Post a Comment