May 28, 2014

Merkantilis II

Ekonomi merkantilis merupakan ekonomi yang paling mahal untuk dilaksanakan ikut pendapat aku sebab kerajaan kena pastikan punyai jumlah askar yang ramai serta mempunyai kerajaan yang betul-betul kuat untuk mengawal negara-negara yang dijajah lepas tu negara ibu kena keluarkan biaya untuk membangunkan struktur asas negara yang dijajah sedangkan pembangunan struktur negara ibu belum lagi sempurna.

Aku juga rasa, pertumbuhan ekonomi tempatan akan menjadi lembab dan tak cergas dalam ekonomi merkantilis sebab pemberian kuasa monopoli oleh kerajaan hanya kepada  beberapa firma dalam ekonomi untuk menghapuskan persaingan dalam ekonomi domestik dan firma baru tak boleh senang-senang nak masuk dalam industri. Dalam jangka panjang pendapat aku keluaran negara akan berkurangan dan peluang pekerjaan menjadi semakin sempit dan rakyat terpaksa berebut untuk mendapatkan kerja sebab dasar monopoli yang diamalkan kerajaan menyebabkan firma-firma baru tak boleh nak masuk industri.

Percukaian feudal juga menjadi sebab ekonomi domestik tak berkembang iaitu bayangkan kau pesawah, sebahagian besar hasil pertanian yang  kau usahakan kau kena serahkan kepada tuan tanah katakan 7/10 daripada hasil dan tuan tanah serahkan 3/7 hasil kepada raja. Kau hanya nikmati 3/10 hasil yang kau usaha.
Merkantilis memupuk sifat “rent-seeking” yang berlebihan yang akhirnya membunuh ekonomi, golongan tuan tanah dan raja terus kaya, rakyat biasa terus miskin. Ironinya, aku rasa benda ni tak lari pun daripada realiti ekonomi sekarang.

Walaupun ada beberapa kekurangan yang aku tulis dekat atas, merkantilis juga betul dalam beberapa pekara iaitu hubungan lebihan dan kurangan dalam perdaganan antarabangsa, perdagangan antarabangsa, dengan kepentingan emas dan perak dalam ekonomi. Dalam ekonomi moden, betul bahawa negara tak boleh dengan serentak mencapai lebihan dan kurangan dalam perdagagan sekaligus, negara mesti salah satu samada dapat lebihan dalam perdagangan atau kurangan dalam perdagangan, sebab itu tiap kali hujung tahun kita semua dengar laporan ekonomi yang sebut pasal imbangan perdagangan bagi sesebuah negara, benda alah tu datang dari merkantilis.

Pasal emas dengan perak aku rasa semua orang sedia maklum kepentingan kedua-dua besi ni dalam ekonomi tradisional atau moden atau ekonomi islam sekalipun. Emas dengan perak merupakan wang yang betul-betul mempunyai nilai, tak macam duit fiat yang hanya ada nilai muka hakikatnya cuma kertas dengan logam yang dicop dengan nombor, walaupun aku cakap macam duit fiat betul-betul tak guna tapi ada kebaikan jugak, tajuk lain nanti aku cerita.

Walaupun merkantilis ni perdagangan dia bersifat menindas, ada jugak la memberi pelajaran dekat kita semua tentang kepentingan perdagagan antarabangsa. Dengan perdagangan, negara merkantilis berat dan tegar boleh jadi kaya-raya  sebab masa merkantilis hanya ada idea faedah mutlak (absolute advantage) iaitu dengan mengeksploit negara lain dalam perdagangan sebab masa tu belum ada lagi idea perdagangan faedah berbanding (comparative advantage) secara tak langsung menggalakan perdagangan antarabangsa untuk berkembang.

Ekonomi merkantilis memberi manfaat kepada golongan feudal dan raja sebab kebanyakan dasar-dasar ekonomi yang dibuat memberi kelebihan kepada golongan tersebut kerana mereka mempunyai kuasa dalam menentukan berapa cukai yang harus mereka dapat, kegiatan ekonomi apa yang mereka rasa berkenan dengan jiwa diorang dan memastikan kedudukan mereka sentiasa bebas daripada sebarang ancaman.

Sekian bebelan aku tentang merkantilis.

No comments:

Post a Comment