May 23, 2014

Cerita lama 2

Habis sekolah aku masuk sekolah yang paling tinggi dalam sistem di Borneo dan mengkhusus dalam jurusan yang aku minat iaitu jurusan ekonomi.
Aku masih ingat lagi waktu aku first year bila mana waktu tu aku depress sangat sebab kenapa benda yang aku belajar dalam kelas dengan idea dangan teori ekonomi tak selari dengan realiti ekonomi sebenar.
Ahli ekonomi itu selalu membuat anggapan untuk memudahkan pemahaman dunia realiti tapi secara tak langsung kita lari dari kaji realiti sebenar. Buat anggapan tu tak salah tapi bila anggapan tu mula lebih-lebih dan mengarut, macam mana nak faham realiti sebenar? Sampai sudah takkan faham. Selagi tu-lah masalah melambung dan melesetnya ekonomi, inflasi dan deflasi, pengganguran, sistem pasaran (bukan kapitalis) kita tak akan dapat faham dengan sempurna.

Seperkara lagi yang buat aku tertekan bila ekonomi yang aku pelajari di peringkat lanjutan ni menjurus kepada satu pemikiran iaitu ekonomi neoklasisme dan marginalis untuk mikroekonomi dan Keynesian dan ekonomi monetari untuk makroekonomi. Aku boleh cakap kebanyakan fakulti ekonomi di Malaysia menjurus kepada pemikiran-pemikiran tersebut. Secara tak langsung semua pelajar ditanam satu idea ekonomi takkan lari jauh daripada idea sekolah neoklasisme, marginalis, keynesian dan monetari.

Menjadi pelajar penganut sistem. Aku tak ingat aku baca dari mana iaitu pelajaran ekonomi itu seperti pulau-pulau, untuk faham ekonomi sebenarnya kau kena jelajah semua pulau tersebut baru kau faham. Jadi pelajaran ekonomi di Malaysia ini cuma pulau-pulau kecil, pastu sembang macam dah pergi semua pulau. Perlu diingatkan disini ada pulau berperang dengan pulau lain contoh mudah kapitalis lawan sosialis atau sekolah ekonomi autria lawan sosialis dengan separa-kapitalis.
Jadi kalau boleh aku nak pergi ke menjelajah ke semua pulau dengan rasa tanpa sikit prejudis pun terhadap pemikiran ekonomi sekolah mereka.
Yelah alami ekonomi separuh kapitalis mesti kau prejudis dengan sistem ekonomi sosialis sebab kerajaan kau momok macam gitu kan.

Lagi, aku aku rasa lemah kusut dan tertekan dengan otak aku bila kerajaan kau buat dasar ekonomi tah apa-apa dangan tak konsisten dengan satu dasar lepas tu nak kejar dasar lain pulak. Dasar paling konsisten aku rasa DEB masa tu kerajaan kau tak pandai lagi nak flip-flop. Aku rasa benda yang paling bullshit kerajaan buat ialah bila kita nak tuju negara maju tapi bagi BRIM sebab nak tackle masalah kemiskinan. Sekarang ni, kita nak ke negara maju atau nak tackle masalah kemiskinan? Tak boleh ke kita konsisten dengan satu dasar bila dah capai bolehlah ke dasar lain. Setiap kali menteri bertukar, kali itu jugalah dasar bertukar.

Sampai sini dulu lah aku nak membebel...

No comments:

Post a Comment