May 12, 2015

Marginalis IV

Kos Lepas

Kos lepas ialah barang kedua terbaik yang terpaksa yang dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan kekangan-kekangan yang sedia ada. Contohnya, seseorang individu mempunyai pilihan dalam menggunakan wang-nya untuk membeli barangan, tetapi individu tersebut mestilah membuat pilihan mengenai barang yang diingininya. Memilih samada untuk membeli buah nangka atau buku tulis dengan wang yang dia ada, dan disini kita meletakkan RM10, dan kita tambah lagi anggapan kita bahawa kedua-dua barang tersebut berharga RM10 masing-masing.

Jadi individu tersebut mesti memilih salah satu, sekiranya memilih buah nangka maka kos lepas ialah buku tulis dan sebaliknya. Disini jelaslah bahawa kekangan yang sebenarnya yang mewujudkan kos lepas, dan dalam kita membuat pilihan harus menimbang sebaik-baiknya sebarang keputusan sebelum kita bulat dengan satu keputusan.

Sekiranya kekangan dapat dihapuskan atau tiada, maka tiada lagi masalh kos lepas dalam setiap keputusan yang kita buat, kesemua keinginan kita dapat dicapai oleh kita dengan izin-Nya.
Namun begitu, adalah daif sekiranya kita mengukur kekangan yang membelengu kita dari sudut kewangan semata-mata kerana apabila kita berbuat demikian sedar tidak sedar kita meletakkan wang sebagai segalanya dalam segenap aspek hidup kita setetusnya meletakkan wang sebagai tema utama dalam setiap kajian ekonomi yang akan menyebabkan kajian kita menyimpang daripada realiti. Kita menjadi masyarakat yang dipacu oleh wang yang melunturkan sifat-sifat kemanusiaan. Oleh itu, bagi membolehkan kita melihat ekonomi dengan sebenar-benarnya, ialah dengan mengambil kesemua ciri-ciri unik manusia dalam pemerhatian dan kajian, dengan  tidak meletakkan anggapan yang jauh daripada sifat manusia, seperti model yang ada sekarang ini yang sedap dibaca tapi kurang impak terhadap realiti (homoeconomicus).


Tenaga kita, keupayaan fizikal kita, masa, citarasa, pengaruh pemasaran, tahap maklumat, dan nasfu dan banyak lagi aspek yang unik manusia yang kita ada mesti diambil kira dalam kita membuat keputusan menentukan kehendak kita dalam masalah kos lepas.


Total production, marginal production, average production


Berikutan perkembangan industri yang pesat di eropah pada zaman tersebut, timbul perdebatan-perdebatan dikalangan pemain industri dan ahli ekonomi pada zaman tersebut dalam mencari tingkat keluaran dalam firma yang sepadan dengan input yang  digunakan.

Terdapat banyak input yang digunakan oleh firma dalam realiti, modal dan buruh merupakan bahasa yang membawa maksud yang besar dalam penentuan input, perlu dipecahkan perkataan tersebut supaya kita boleh melihat dengan lebih baik. Buruh contohnya, buruh berkemahiran, separa berkemahiran, tidak berkemahiran, buruh dari segi akademik dan buruh dari segi tenaga dan pelbagai lagi jenis buruh. Modal pula, mesin, stok, bahan mentah, perkakas, alat, teknologi, resepi unik serta pelbagai lagi aspek yang jatuh dalam kategori modal. Banggunan dan tanah adalah sebaik-nya diasingkan daripada kita kelaskan dalam kelas modal walaupun banyak buku ekonomi meletakkan mereka dalam kelas modal, walaupun digunakan sekali apabila menghasilkan output firma namun kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang unik yng tidak sama dengan barang modal lain iaitu keupayaan untuk sewa, yang pemiliknya tidak perlu berusaha pun untuk mendapat pulangan “rent-seeking”.

Dalam realiti firma menggabungkan komponen-kompenen daripada modal dan buruh untuk menghasilkan keluaran/output. Penting untuk kita menerangkan gabungan-gabungan komponen input kerana penerangan rajah hanya menggunakan contoh buruh sahaja dalam inputnya.

Peringkat I – MP > AP
Pada peringkat ini pertambahan seorang buruh dalam firma memberi kesan yang besar terhadap keluaran firma TP, kerana pada peringkat ini masalah hukum pulangan semakin berkurang masih belum berlaku disebabkan masih ada kekosongan di dalam firma yang boleh diisi oleh pekerja dan apabila kekosongan ini diisi akan mebuatkan proses pengeluaran menjadi semakin cekap.

Peringkat II – MP < AP
pada peringkat ini hukum pulangan berkurang mula berlaku, pun begitu pada tahap ini firma masih lagi boleh mengambil pekerja untuk bekerja dalam firmanya kerana TP masih lagi meningkat walaupun dengan kadar yang perlahan

Peringkat III – MP = 0
pada peringkat ini, pertambahan buruh baru dalam firma akan memberikan kesan tidak baik kepada TP firma dan ia mula berkurang. Contohnya, seramai 50 pekerja tukang sapu untuk kawasan 100kaki x 100kaki, semestinya pekerja yang seramai itu tidak boleh menyapu tempat itu sekali gus kerana sesak dan jika disapu pun adalah dengan susah payah. 








No comments:

Post a Comment