May 04, 2015

Marginalis III

1.       Teori utiliti marginal yang semakin berkurang

Kita masih lagi berbincang mengenai utiliti, entry kali ini tidak jauh beza dengan yang entry yang lepas iaitu kenapa kepuasan kita dalam jangka masa panjang semakin menurun. Teori utiliti marginal yang semakin berkurang dimajukan oleh Stanley Jevon dengan menggunapakai kaedah yang dibangunkan oleh David Ricardo iaitu teori pulangan yang semakin berkurang. Walaupun mengguna pakai kaedah Ricardo dalam kerjanya, Jevon menggangap Ricardo sebagai seorang ahli ekonomi yang salah kerana menggunakan kaedahnya untuk mengkaji perkara yang tak rapat dengan realiti. Gaduh pulak 2 orang ni.

     
TU dalam rajah diatas mewakili jumlah keseluruhan utiliti manakala MU masih lagi Utiliti marginal.Keluk TU mempunyai hubungan terus dengan kuantiti manakala keluk MU mempunyai hubungan songsang dengan kuantiti.

Dapat kita kenal pasti dekat sini bahawa, setiap pertambahan kuantiti yang pengguna guna akan meningkatkan TU, manakala MU akan turun dengan setiap pertambahan pengunaan.
Dapat juga kita perhatikan dalam rajah bahawa keluk TU asalnya curam dan kemudiannya menjadi semakin landai dan akhirnya mendatar.
Kenapa TU keluk berkelakuan sedemikian ialah kerana pada setiap pertambahan kuantiti penggunaan, pertambahan kepuasan menjadi semakin berkurang berbanding dengan kepuasan sebelumnya seterusnya menjadikan keluk TU berbentuk begitu. Perbezaan antara TUy dengan Tux dibahagi dengan perubahan kuantiti akan memberi kita nilai utiliti marginal. Sebab itu keluk MU berbentuk mencerun kebawah kemudian semakin landai dan mendatar akhirnya.
Macam mana kita nak kira nilai MU? Nilai MU diperolehi melalui perbezaan diatara TU dan dibahagi dengan perbezaan kuantiti. MU=dTU/dQ. (d) mewakili perubahan.


2.       Mutiara dan masalahnya

Korang ingat lagi tak cerita tentang mutiara. Kalau tak ingat boleh rujuk entry aku yang lepas bawah tajuk klasikal III. Dalam masalah macam mana kita nak menentukan nilai mutiara. Adakah mutiara punyai nilai sebab tu ada orang berenang pergi cari atau sebab orang berenang cari mutiara sebab tu dia ada nilai.

Ricardo mengatakan bahawa mutiara mempunyai nilai sebab manusia berenang mencarinya, manakala Jevon menyatakan bahawa mutiara mempunyai nilai sebab ia memberi kepuasan (utiliti) kepada pengguna sebab itu orang berenang pergi cari benda tu.

Ricardo mengulas bahawa nilai mutiara datang daripada kos untuk mendapatkan mutiara manakala Jevon mengatakan nilai mutiara datang daripada kepuasan. Sekarang kita tumpu kepada pendapat Jevon.

Bila penggunaan  mutiara memberi kepuasan kepada pengguna maka ia akan mewujudkan insentif kepada si pencari mutiara kerana pekerjaan tersebut akan memberikan pendapatan kepada mereka. Tak ada orang yang bekerja atau berusaha kalau tiada insentif. Pun gitu, nilai mutiara bergantung kepada  berapa banyak mutiara yang seseorang ada. Contohnya kalau seseorang tu sudah ada 10 biji mutiara, pertambahan sebanyak 1 biji lagi mutiara akan merendahkan nilai kepuasan seseorang itu maka orang tersebut akan memberi nilai yang rendah kepada mutiara, sebaliknya jika seseorang yang tak ada mutiara kemudian dapat mutiara sebijik dan orang tersebut mendapat kepuasan yang sangat tinggi tentang mutiara tersebut maka orang tersebut akan menilai mutiara dengan nilai yang tinggi. Penilaian kedua-kedua individu tersebut bergantung kepada utiliti marginal yang semakin berkurang.

Berkenaan masalah serta penyelesaian diatas telah mewujudkan satu lagi masalah yang baru iaitu:
Adakah permintaan yang mewujudkan penawaran atau nilai? Atau penawaran yang mewujudkan permintaan atau nilai?


No comments:

Post a Comment