Seperti
yang aku tulis pada entry yang lepas, fisiokrat merupakan tindak balas kepada kerajaan dan golongan feudal yang
campurtangan dalam ekonomi yang membuatkan ekonomi domestik menjadi lembab
akibat pengenalan beberapa dasar yang menjadi halangan terhadap perkembangan
ekonomi.
Ikut pendapat aku, aku condong menyokong fisiokrat dalam beberapa pekara iaitu kebebasan ekonomi daripada campurtanggan kerajaan, mencukai golongan tuan tanah dan hubung-kait antara agen-agen dalam ekonomi.
Ikut pendapat aku, aku condong menyokong fisiokrat dalam beberapa pekara iaitu kebebasan ekonomi daripada campurtanggan kerajaan, mencukai golongan tuan tanah dan hubung-kait antara agen-agen dalam ekonomi.
1.
Kebebasan ekonomi daripada
campurtangan kerajaan - kebebasan
ekonomi penting kerana setiap agen dalam ekonomi akan mendapat kebajikan
maksimum apabila mereka sendiri menentukan kegiatan mereka dalam ekonomi .
Walaupun aku tulis begitu tetapi aku tak bersetuju sepenuhnya dengan membiar
ekonomi bebas daripada campurtangan kerajaan. Campurtangan kerajaan dalam
ekonomi aku rasa perlu apabila mekanisme pasaran gagal. Disini timbul lagi
persoalan aku iaitu bila pasaran tu gagal? dan Adakah pasaran tu gagal atas
sebab semula jadi atau dasar kerajaan sebelum ini yang membuatkan pasaran
menjadi gagal? Dan persoalan aku yang seterusnya ialah jaminan campurtangan
kerajaan dalam ekonomi dalam membetulkan ekonomi dalam jangka panjang? Kerana
kita sedia maklum setiap campurtangan kerajaan dalam ekonomi tak kira fiskal
atau monetari hanya menyelesaikan masalah ekonomi jangka pendek.
2.
Mencukai tuan tanah - aku rasa
idea ini paling kritikal dalam fisiokrat sebab ia menyamaratakan kedudukan
setiap agen dalam ekonomi. Ikut pendapat
aku, sepatutnya tiada agen dalam ekonomi yang lebih superior berbanding agen lain, semuanya
sama rata membolehkan kita, yakni aku rasa dapat mengurangkan prejudis dan ketakadilan terhadap sesuatu agen dalam
ekonomi serta kita dapat menganalisis ekonomi dengan lebih baik apa bila semua
pihak dalam ekonomi adalah samarata. Mencukai tuan tanah adalah satu usaha
fisiokrat untuk melawan masalah “rent-seeking” yang melampau oleh tuan tanah
kerana mereka tidak menyumbang pun terhadap produktiviti negara cuma duduk
rumah, hujung bulan duit masuk. Contohnya, kau susah-susah kerja nak dapat gaji
supaya boleh survive hidup bulan depan dengan harapan perut kau tak lapar lepas
tu kau masih ada lagi balance yang boleh beli benda yang buat kau rasa happy
tapi kau kena bayar cukai pendapatan, sedangkan company yang kau kerja dapat
hasil berlipat-lipat lepas tu agih keuntungan mereka dekat pemodal mereka yang
hanya bagi modal dan kena cukai lebih sikit daripada kau, kau rasa tension tak?
Benda ni-lah ahli-ahli fisiokrat rasa penting untuk mencukai tuan tanah atau
dari segi bahasa moden mencukai para pemodal, mencukai tuan rumah sewa,
mencukai tuan kereta sewa dan macam-macam tuan lagi yang layak dicukai.
3.
Ahli ekonomi fisiokrat berjaya
aku rasa dalam memberi kefaham lanjut dekat kita tentang ekonomi dari segi
hubung-kait ekonomi melalui tableau economique oleh Quesnay.
Tableau economique ialah bentuk primitif circular flow diagram yang ada sekarang yang mana menunjukkan kita aliran wang dalam ekonomi dan aliran barang dan perkhidmatan serta aliran faktor dalam ekonomi.
“Circulation of wealth and goods in the economy was like the circulation of blood in the body. Both conformed to the natural order, and both could be understand though thoughtful analysis ” lebih kurang macam gitu-lah Quesnay cakap sebelum dia mati.
Tableau economique ialah bentuk primitif circular flow diagram yang ada sekarang yang mana menunjukkan kita aliran wang dalam ekonomi dan aliran barang dan perkhidmatan serta aliran faktor dalam ekonomi.
“Circulation of wealth and goods in the economy was like the circulation of blood in the body. Both conformed to the natural order, and both could be understand though thoughtful analysis ” lebih kurang macam gitu-lah Quesnay cakap sebelum dia mati.
Walaupun fisiokrat berjaya mengayakan lagi
kefahaman kita tentang ekonomi, tapi macam biasa ada saja benda yang aku tak
berapa berkenan macam penekanan fisiokrat terhadap sektor pertanian dan
mengurangkan tumpuan mereka terhadap kepentingan sektor industri. Pun gitu,
fisiokrat tak boleh nak disalahkan jugak dalam hendak memahami kepentingan
industri sebab revolusi perindustrian mula selepas pemikiran fisiokrat berkubur apabila
munculnya pemikiran klasisme selepas itu. Industri zaman sebelum revolusi
industri masih lagi kecil-kecilan dan masih lagi belum pandai memeras buruh
kerja macam kuli dan tidak sehebat seperti zaman selepas tu sebab tu aku rasa
mereka-mereka ni tak berapa faham dengan kepentingan sektor industri terhadap
ekonomi.
Habislah cerita fisiokrat untuk hari ni dan
aku harap besok lebih baik daripada hari ini.
No comments:
Post a Comment