Pemikiran ekonomi merkantilis menitik beratkan kekayaan negara iaitu negara paling kaya secara tak langsung negara paling kuat pada zaman tu.
(Malaya suatu ketika dahulu pun bersifat feudalisme juga)
Emas merupakan instrument untuk mengukur kekayaan negara. Macam yang aku tulis diatas tadi, negara siapa yang banyak emas, negara dia lah yang paling best.
keinginan untuk memiliki emas secara tak langsung membuat dasar negara di cipta untuk menggunakan apa kaedah dan cara apa sekali pun untuk mendapat emas walaupun dengan cara menindas dan tak berhati perut.
Asas-asas merkantilis
1.
Merkantilis berpendapat bahawa
kekayaan negara bergantung kapada jumlah simpanan emas atau perak yang
dimiliki. Oleh itu, emas dan perak adalah sangat penting dalam ekonomi
merkantilis. Apa cara sekalipun boleh digunakan untuk mendapat emas dari negara
lain. Selari dengan penulisan Nicolo Machiavelli dalam bukunya the prince iaitu
matlamat menghalalkan cara.
2. Merkantilis berpendapat bahawa
negara yang kuat akan selalu mendapat kelebihan dalam perdagangan antarabangsa
iaitu mereka berupaya mendapat lebihan dalam eksport bersih secara tak langsung
menambahkan lagi simpanan emas negara. Perdagangan antara negara ialah bersifat
faedah mutlak (absolute advantage) iaitu hanya satu pihak yang peroleh manfaat
daripada perdagangan antara negara. Sementara itu negara yang lemah akan
dieksploitasi oleh negara yang kuat dari segi perdagangan antarabangsa kerana
mereka berpandapat negara kuat berhak berbuat begitu. Negara juga tidak boleh
dengan serentak mencapai lebihan dan kurangan perdagangan sekaligus, jika
negara mencapai lebihan perdagangan maka negara tak mengalami kurangan
perdagangan dan sebaliknya.
3. Untuk bahan mentah yang tidak
terdapat di dalam negara tetapi mesti digunakan untuk menghasilkan barang lain,
merkantilis menganjurkan supaya berang tersebut tidak dicukaikan kerana barang
tersebut peting dalam penghasilan barang lain, jika barang tersebut dicukaikan
maka negara akan hilang manfaat daripada persaingan perdagangan kerana ia akan menyebabkan
barang yang dihasilkan menjadi mahal harganya seterusnya mengurangkan
permintaan terhadap keluaran barang mereka.
4. Kita sampai di tahap yang
paling penting sekali iaitu, kolonialisasi dan monopolisasi perdagangan,
penting untuk merkantilis kerana mereka ingin negara yang dijajah
bergantung kepada negara penjajah iaitu dari segi pembekalan barang-barang siap
kepada negara yang dijajah supaya ekonomi yang dijajah tetap bergantung dengan
mereka. Negara yang dijajah juga penting kepada kolonial kerana menyediakan
pasaran untuk barang siap yang dihasilkan oleh mereka.
5. Kerajaan dan tentera yang kuat
diperlukan untuk menjayakan ekonomi merkantilis. Kerajaan yang kuat penting
kerana kerajaan akan memberikan kuasa monopoli perdagangan kepada firma-firma kolonial,
contoh mudah syarikat hindia timur inggeris.
Tentera yang kuat diperlukan bagi memaksa negara yang dijajah menurut perintah negara kolonial dan memberikan ancaman peperangan jika negara yang diperintah tidak mengikut arahan. Matlamat menghalalkan cara.
Dalam ekonomi merkantilis, campur-tangan kerajaan dalam ekonomi adalah signifikan.
Tentera yang kuat diperlukan bagi memaksa negara yang dijajah menurut perintah negara kolonial dan memberikan ancaman peperangan jika negara yang diperintah tidak mengikut arahan. Matlamat menghalalkan cara.
Dalam ekonomi merkantilis, campur-tangan kerajaan dalam ekonomi adalah signifikan.
6. Jumlah populasi yang ramai
ditekankan kerana ianya akan menyediakan tenaga buruh yang murah dari segi kos
dan kerajinan buruh amat ditekankan. Buruh yang malas tidak akan di toleransi
dan dimaafkan kerana ianya akan mencipta populasi yang malas, Buruh yang malas
akan dihukum oleh kerajaan. Jumlah populasi yang ramai juga penting kerana ia
akan mencipta pasaran untuk barang yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment