Fisiokrat juga aku boleh cakap sebagai pemangkin kepada kemunculan revolusi perindustrian yang berlaku selepas tu.
Idea fisiokrat
1.
Hukum semula jadi. Ahli-ahli
fisiokrat berpendapat bahawa setiap kegiatan manusia mestilah mempunyai harmoni
dengan hukum semula jadi iaitu hukum semula menjadi memandu dalam semua
kegiatan manusia.
2.
Laissez-faire bermaksud “biar
masyarakat buat apa yang mereka suka tanpa campurtangan kerajaan dalam
menentukan kegiatan mereka”. Fisiokrat berpendapat fungsi kerajaan hanyalah
menjaga rakyat dari sebarang ancaman negara luar dan menjaga hak milikan harta
serta memastikan kebebasan rakyat untuk membuat kontrak (transaksi).
Campurtangan kerajaan dalam ekonomi dikritik hebat kerana campurtangan kerajaan
dalam ekonomi punca kelembapan pertumbuhan ekonomi dan ketakadilan ekonomi
menurut fisiokrat.
3.
Fisiokrat memberi penekanan
kepada pengeluaran hasil pertanian
seperti hasil sayuran dan ternakan kerana mereka berpendapat bahawa sektor
tersebut adalah produktif kerana selalu mencipta lebihan dalam keluaran iaitu
input yang digunakan dalam pertanian menghasilkan output yang lebih daripada
input yang telah digunakan yang mana penting kepada pertumbuhan ekonomi
tempatan. Fisiokrat juga berpendapat bahawa barangan industri dan perkhidmatan
tidak produktif atau mandul kerana pengeluaran barang-barang tersebut tidak
menghasilkan tambah nilai dalam ekonomi.
4.
Salah satu idea penting dalam
fisiokrat ialah mencukai tuan tanah bukannya para petani yang telah bekerja
kerana tuan tanah yang menerima sewa daripada tanah yang digunakan oleh petani
untuk kegiatan pertanian sepatutnya tuan tanahlah yang patut dicukai kerana
tuan tanah menerima untung atas angin hasil daripada sewa.
5.
Hubung-kait agen-agen ekonomi.
Fisiokrat merupakan sekolah ekonomi yang pertama yang mengenalpasti hubung-kait
melalui kerja Quesnay iaitu Tableau Economique.