Gerakan sosialisme muncul apabila polisi-polisi yang kerajaan bentuk pada zaman tu lebih mementingkan kebajikan orang kaya daripada kebajikan seluruh masyarakat terutama kaum buruh. Kemunculan sosialisme merupakan satu bentuk untuk melawan pemikiran mainstream ekonomi (klasikal) pada waktu tersebut iaitu zaman perindustrian klasik.
Antara sebab utama muncul sosialisme ialah ketakadilan kepada kaum buruh iaitu gaji mereka yang sangat rendah, keadaan kerja yang sangat teruk dan bahaya untuk kesihatan buruh, ketiadaan kebajikan buruh, masa bekerja yang lama iaitu melebihi 12 jam sehari, dan pemerasan serta eksploitasi kaum buruh oleh kapitalis.
Jenis-jenis sosialis.
1.
Utopian socialism
Sosialisme utopia merupakan cabang sosialis pertama yang muncul pada
zaman awal revolusi industri. Munculnya cabang sosialis ni sebab pada waku itu organisasi
buruh masih lagi lemah, para buruh tidak sedar akan kuasa dalam menentukan hala
tuju industri. Ahli utopia sosialis menyetujui bahawa persaingan bebas adalah
tidak adil dan tidak rasional untuk manusia. Sesuai dengan namanya utopia,
ahli sosialis cabang ni cuba cipta satu keadaan yang sempurna dalam masyarakat
melalui kerjasama antara golongan kapitalis dan golongan buruh untuk wujudkan satu keadaan, yang mana keadaan tersebut keadilan dalam masyarakat dan kebajikan masyarakat dapat dicapai.
Pun gitu cabang sosialis ni gagal dalam merealisasi idea mereka berikutan
kurang kerjasama antara firma-firma dan model-model masyarakat mereka yang
terlalu ideal untuk dicapai dalam realiti sebenar.
2.
State
socialism
Cabang sosialis jenis state atau negeri pula ialah cabang sosialis yang membawa
ideologi bahawa kerajaan dalam negara tersebut mestilah memiliki sumber ekonomi
dalam negara dan mengembleng sumber ekonomi yang kerajaan kuasai dan membahagi
sumber tersebut secara adil dan saksama dalam masyarakat. Antara negara dalam
dunia pernah guna atau sedang guna ideologi cabang ni ialah USSR, Nazi Jerman, Cuba, Korea Utara,
Libya dan lain-lain.
3.
Christian
socialism
Cabang sosialis jenis ini ialah cabang sosialis yang memasukkan elemen agama
dalam idea sosialisme mereka. Menggunakan konsep ketaatan kepada tuhan, kasih
sayang dan persaudaraan antara manusia dan kesaksamaan dalam setiap ciptaan
tuhan. Yang paling tak menarik tentang sosialis cabang ni ialah memetik
sumber-sumber bible yang selari dengan idea mereka dan menolak ayat bible yang
bercanggah dengan ideologi mereka. Guna agama untuk kepentingan ideologi kau,
nanti kau jawab la depan tuhan besok. Dekat Malaysia pun ada benda ni cuma kena
rajin cari je, pernah dengan sosialis islam atau kapitalis islam?
4.
Anarchism
Anarki bermaksud tiada kerajaan dalam menentukan cara hidup manusia, setiap
manusia jadi kerajaan pada dirinya sendiri. Tapi maksud sosialis cabang anakri beza
sikit daripada makna anarki sebenar. Apa yang cuba dicapai dalam sosialis
cabang ini ialah kerajaan tak sepatutnya kuasai seluruh sumber ekonomi sebab
kerajaan akan korap. Oleh itu. sumber ekonomi mestilah diselenggara oleh
kumpulan-kumpulan yang mempunyai motif yang sama iaitu beroperasi atas dasar
kebajikan masyarakat dan saling sayang menyayangi antara masyarakat dan setiap
kumpulan mesti berkerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan sosialis
cabang ni. Contoh, kumpulan penjahit jadi satu kumpulan manakala geng-geng
sayur buat satu kumpulan, masing-masing kumpulan punyai sumber ekonomi
masing-masing dan guna sumber tersebut untu kepentingan masyarakat dan mesti
kerjasama dengan kumpulan lain, dengan itu dapatlah wujud satu masyarakat
anarki yang tak perlukan peranan kerajaan dalam tentukan corak ekonomi.
5.
Marxian socialism
Cabang sosialis yang paling popular dalam banyak-banyak cabang sosialis selain
komunisme yang berdasarkan kerja-kerja Karl Marx iaitu Das Capital yang menbicarakan kesan penggumpulan modal oleh para
kapitalis yang akan membawa kepada konflik kelas iaitu antara kelas burjois dan
proletariat. Entry depan-depan aku akan cerita dalam pasal kerja dia.
6.
Communism
Komunisme juga cabang sosialis yang popular disebabkan oleh revolusi yang berlaku
di Russia untuk gulingkan Tsar dibawah pimpinan Lenin dan lain-lain. Dalam
ucapan Lenin lepas tu dia kata “Tujuan sosialisme adalah tidak lain adalah
untuk menuju kepada komunisme”.
Antara
ideologi sosialis cabang komunis ialah mewujudkan masyarakat tanpa wang sebab
wang merupakan sebab wujudnya konflik kelas, masyarakat tanpa wang dapat
dicapai apabila setiap ahli dalam masyarakat menggunakan kepandaian dan
kemahiran yang dia ada demi kebaikan masyarakat sekelilingnya tanpa harapkan
wang dan kerajaan mesti memiliki sumber ekonomi negara demi membuat keadilan
kepada masyarakat. Di zaman gemilang komunisme di USSR, masyarakat dalam negara
tu guna kupon yang diberi kerajaan untuk ditukar dengan barang yang dia
kehendaki dan setiap kupon yang masyarakat pegang adalah sama dengan orang lain
bagi pastikan tiada orang dalam masyarakat dapat nikmati barang lebih daripada
orang lain untuk elakkan ketakadilan
7.
Revisionism
Ahli sosialis cabang revisionis menggalakkan campurtangan kerajaan untuk
memonopoli sumber-sumber kritikal dalam negara seperti air, elektrik, minyak
dan gas dan menyediakan barang-barang awam untuk masyarakat. Tujuan cabang
sosialis ni galakkan monopoli kerajaan dalam sumber kritikal ekonomi dan
penyediaan barang awam adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dalam negara
tersebut daripada dieksploitasi oleh firma-firma apabila mereka memiliki sumber
ekonomi kritikal. Firma swasta apabila memiliki sumber ekonomi kritikal atau menyediakan barang awam akan mengenakan harga yang tinggi kepada masyarakat dan secara tak langsung merendahkan kebajikan masyarakat apabila harga keperluan asas menjadi mahal. TNB dengan Telekom contoh monopoli
kerajaan sebelum mereka jadi swasta lepas tu.
8.
Syndicalism
Merupakan cabang sosialis yang tak percaya pada sistem parlimen dalam membela
nasib golongan buruh dan anti tentera. Mereka tak percaya dalam perjuangan
parlimen dalam membela nasib buruh sebab orang yang memperjuangkan isu tersebut
dalam parlimen mesti mempunyai kepentingan diri sendiri contoh nak jadi famous, jadi matlamat untuk jaga kepentingan buruh mesti jadi semakin sukar. Sosialis cabang ni punyai kesatuan buruh yang kuat dan untuk
mencapai matlamat mereka, para majikan akan ditekan untuk menjaga kepentingan
para buruh, ahli cabang ni lebih condong untuk mengadakan mogok yang serius
yang boleh menjejaskan ekonomi seperti Hartal dan revolusi untuk mencapai
matlamat mereka. Oleh sebab polis dan tentera selalu menjadi penghalang cara
mereka iaitu menangkap para pekerja yang mogok, sebab itu ahli sosialis cabang ni bersifat anti
tentera.
9.
Guild socialism
Ni cabang sosialis yang paling ganas sekali aku rasa. Antara perkara yang
diperjuangkan dalam sosialis cabang ni ialah para pekerja yang bekerja dalam
sebuah firma mestilah menjadi rakan dalam firma yang mereka kerja iaitu para
pekerja boleh menentukan haja tuju dan polisi firma yang mereka bekerja, para
pekerja adalah pemilik firma dan pemilik firma adalah pekerja, dengan itu
masalah antara pekerja dan dan kapitalis dapat diselesaikan kalau ikut sosialis
cabang ni, dan benda yang aku tulis tadi dipanggil demokrasi industri mengikut
sosialis guild. Peranan kerajaan juga ditekan dalam sosialis cabang ni.
Kalau cerita pasal sosialis nak tak nak mesti orang kaitkan dengan komunisme, bagi aku kita kena pisahkan benda ni baru kita dapat faham sosialis sebenar-benarnya tanpa prejudis yang dibawa oleh pengaruh komunisme. Pendapat aku la, komunisme yang sebenarnya cemarkan sosialis dengan ideologi komunis diorang, yelah mula-mula untuk kebajikan golongan buruh dan masyarakat dan menentang kapitalis, lepas tu perah buruh, ancam mereka macam Stalin dan pemimpin-pemimpin selepasnya buat, mana hilang kebajikan dan kuasa buruh? Kena pisahkan fahaman sosialis daripada komunisme baru faham sosialis sebetulnya.
Dan nasihat untuk masyarakat jangan takut kalau berbincang pasal sosialisme terutama warga senior negara ni sebab sosialisme bukan komunis semata-mata.