Kos Lepas
Kos lepas ialah barang kedua terbaik yang
terpaksa yang dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan
kekangan-kekangan yang sedia ada. Contohnya, seseorang individu mempunyai
pilihan dalam menggunakan wang-nya untuk membeli barangan, tetapi individu
tersebut mestilah membuat pilihan mengenai barang yang diingininya. Memilih
samada untuk membeli buah nangka atau buku tulis dengan wang yang dia ada, dan
disini kita meletakkan RM10, dan kita tambah lagi anggapan kita bahawa
kedua-dua barang tersebut berharga RM10 masing-masing.
Jadi individu tersebut mesti memilih salah
satu, sekiranya memilih buah nangka maka kos lepas ialah buku tulis dan
sebaliknya. Disini jelaslah bahawa kekangan yang sebenarnya yang mewujudkan kos
lepas, dan dalam kita membuat pilihan harus menimbang sebaik-baiknya sebarang
keputusan sebelum kita bulat dengan satu keputusan.
Sekiranya kekangan dapat dihapuskan atau tiada,
maka tiada lagi masalh kos lepas dalam setiap keputusan yang kita buat, kesemua
keinginan kita dapat dicapai oleh kita dengan izin-Nya.
Namun begitu, adalah daif sekiranya kita
mengukur kekangan yang membelengu kita dari sudut kewangan semata-mata kerana
apabila kita berbuat demikian sedar tidak sedar kita meletakkan wang sebagai
segalanya dalam segenap aspek hidup kita setetusnya meletakkan wang sebagai
tema utama dalam setiap kajian ekonomi yang akan menyebabkan kajian kita
menyimpang daripada realiti. Kita menjadi masyarakat yang dipacu oleh wang yang
melunturkan sifat-sifat kemanusiaan. Oleh itu, bagi membolehkan kita melihat
ekonomi dengan sebenar-benarnya, ialah dengan mengambil kesemua ciri-ciri unik
manusia dalam pemerhatian dan kajian, dengan tidak meletakkan anggapan yang jauh daripada
sifat manusia, seperti model yang ada sekarang ini yang sedap dibaca tapi
kurang impak terhadap realiti (homoeconomicus).
Tenaga kita, keupayaan fizikal kita, masa,
citarasa, pengaruh pemasaran, tahap maklumat, dan nasfu dan banyak lagi aspek
yang unik manusia yang kita ada mesti diambil kira dalam kita membuat keputusan
menentukan kehendak kita dalam masalah kos lepas.
Total production, marginal production, average production
Berikutan perkembangan industri yang pesat
di eropah pada zaman tersebut, timbul perdebatan-perdebatan dikalangan pemain industri
dan ahli ekonomi pada zaman tersebut dalam mencari tingkat keluaran dalam firma
yang sepadan dengan input yang digunakan.
Terdapat banyak input yang digunakan oleh
firma dalam realiti, modal dan buruh merupakan bahasa yang membawa maksud yang
besar dalam penentuan input, perlu dipecahkan perkataan tersebut supaya kita
boleh melihat dengan lebih baik. Buruh contohnya, buruh berkemahiran, separa
berkemahiran, tidak berkemahiran, buruh dari segi akademik dan buruh dari segi
tenaga dan pelbagai lagi jenis buruh. Modal pula, mesin, stok, bahan mentah,
perkakas, alat, teknologi, resepi unik serta pelbagai lagi aspek yang jatuh
dalam kategori modal. Banggunan dan tanah adalah sebaik-nya diasingkan daripada
kita kelaskan dalam kelas modal walaupun banyak buku ekonomi meletakkan mereka
dalam kelas modal, walaupun digunakan sekali apabila menghasilkan output firma
namun kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang unik yng tidak sama dengan barang
modal lain iaitu keupayaan untuk sewa, yang pemiliknya tidak perlu berusaha pun
untuk mendapat pulangan “rent-seeking”.
Dalam realiti firma menggabungkan
komponen-kompenen daripada modal dan buruh untuk menghasilkan keluaran/output. Penting
untuk kita menerangkan gabungan-gabungan komponen input kerana penerangan rajah
hanya menggunakan contoh buruh sahaja dalam inputnya.
Peringkat I – MP > AP
Pada peringkat ini pertambahan seorang buruh dalam firma memberi kesan yang besar terhadap keluaran firma TP, kerana pada peringkat ini masalah hukum pulangan semakin berkurang masih belum berlaku disebabkan masih ada kekosongan di dalam firma yang boleh diisi oleh pekerja dan apabila kekosongan ini diisi akan mebuatkan proses pengeluaran menjadi semakin cekap.

Peringkat II – MP < AP
pada peringkat ini hukum pulangan berkurang mula berlaku, pun begitu pada tahap ini firma masih lagi boleh mengambil pekerja untuk bekerja dalam firmanya kerana TP masih lagi meningkat walaupun dengan kadar yang perlahan

Peringkat III – MP = 0
pada peringkat ini, pertambahan buruh baru dalam firma akan memberikan kesan tidak baik kepada TP firma dan ia mula berkurang. Contohnya, seramai 50 pekerja tukang sapu untuk kawasan 100kaki x 100kaki, semestinya pekerja yang seramai itu tidak boleh menyapu tempat itu sekali gus kerana sesak dan jika disapu pun adalah dengan susah payah.